jom tgk2 yer kekawan


Tuesday 13 December 2011

Memoir org lama dalam diri orang muda

dimana ada cahaya disitu kita tuju..




Lambaian itu melambai lagi ..berterusan melambai bak malar hijau y terus hijau..menghijauhi bumi ciptaan Dia..dicelahan angin y menderu..dicelahan batu-batuan yang dihempas ombaknya..pabila malam menjelang..lambaian ini terus bernafas..bernafas memanggil orang2 yang sedar..yang tersedar dari kegelitaan malam..kegelitaan gua yang berbatukan kerikil...
sang malam mencari di mana sinarnya bulan purnama y dulunya tersenyum manis padanya bersembunyi..kini..sang malam terus menanti tibanya cahaya itu ..cahaya y ingin dijadikan teman ..teman sebelom nafas terletak di halkum..
lambaian itu terus melambai..melambai pada y sedar..pada  yang tersedar..dan pada y baru ingin sedar..
sedarlah wahai hati..sedarlah..wahai jiwa..sedarlah wahai roh tuk mencari cahaya Dia..(peringatan u diriku jua..)

hidayah itu milikNya..
kita usahakan biar menjadi soleh solehah..


kubingkiskan sebuah memoir ditengah kota..
memoir orang lama..
memoir orang beragama..
memoir orang ternama..
memoir sasterawan tua...
sasterawan negara  ~NORA~
buatmu saudara2ku di luar sana:
sakaratul maut
Dinihari itu seorang OB rebah di kamar mandi
Diserang lemah jantung yang menggugat nyawanya
Tengah malam pulang dari sebuah hotel di KL
Bersama puan mudanya, bersama mulut dan lidahnya
Yang dinajisi alcohol dan banglonya diatas bukit.

Puan muda menelefon doctor peribadi OB
Dan doktoe berkejaran bersama beg perubatannya
Dan sebatang jarum injeksi dibenamkan ke urat OB
Dan berombak-ombak nafasnya
Bergelombang dadanya dilambung azab hempas-menghempas.

Tujuh hari tujuh malam OB brgeletakan
Golek telentang di pembaringan
Dan seluruh dunia dan isinya  berkumpul di dalam kepalanya:
Bangloku, mercedesku, wangku dalam Bnak Bumi,
Saham-sahamku di syarikat-syarikat, rumah-rumah sewaku
Pengarah-pengarah, kuda-kudaku di padang lumba, padang golfku,
Anak-anakku di luar negeri dan isteri mudaku.

Nazak hempas-menghempas, pulas-memulas dan pintal-memintal
Makan? Geleng kepala
Minum? Geleng kepala
Arak? Geleng kepala
Isteri muda? Geleng kepala
Mahu ke padang lumba kuda? Geleng kepala
Mahu pergi ke genting highland? Geleng kepala
Melancong ke Eropah? Geleng kepala
Ke Makkah naik haji? Geleng kepala
Apa yang kau mahu?
Oh Tuhan, panjangkan umurku
Panjang umur?berapa tahun kau mahu?
Seratus tahun?cukup?
Ya, seratus tahun.
Enam puluh tiga tak cukup?
Tidak puas hidup?
Tidak kenyang maakan maksiat?
Belum bosan mengumpul dosa?
Kau mohon panjang umur lagi?

Sedetik lagi sakaratul maut datang
Sedetik lagi Izrael datang
Sedetik lagi Malaikat Maut datang
Kau nazak sekarang, wahai OB.

Aku makin tegang dan makn sendat nafas di dada
Kedinginan mulai memanjat dan merayap kaki
Perlahan-lahan menjalar ke seluruh jasad yang terbujur
Aku dilambung resah, gelisah, keluh-kesah
Keluhan dan rintihan, panas, dahaga,, haus, panas
Air tujuh lautan mahu ditogok
Sebesar tujuh dunia kelaparan merobek usus-usus

Syaitan datang berbondong-bondong
Menginjak-mengijak akau, menggoda aku
Mahu memurtadkan aku
Nenekku datang. Nenek?
Kau dahaga, cucu? Kau lapar, cucu?
Mahu air? Ini bejana penuh air madu
Kalau cucu mahu masuk syurga, minum air syurga

Ibu? Ibuku mwngoyangkan buah susunya
Ini ibumu. Air susu ini  membesarkan kau, nak
Buangkan Islam, matilah kau dalam agama Yahudi
Ayah? Kau datang, ayah?
Matilah dalam agama Yahudi wahai anakku
Matilah dalam agama Kristian
Itulah agama yang membawa kau masuk syurga.

Ucaplah : la ilaha illahllah
Tidak,tidak,tidakkk
Ucaplah : la ilaha illahllah
Tidak,tidak,tidakkk
Rumahku, mercedesku, wangku dalam bank,
Saham-sahamku, kuda-kudaku, koalam mandiku,
Padang golfku, isteri-isteriku dan duniaku,

Sakaratul maut datang
Pak lebai dari rumah setinggan datang
Dipanggil oleh pemandu dengan merceds
Dan memanjat bukit ke bangloku di puncak desir angin
Tapi, lidahku telah kelu
Dan sakaratul maut kian detik tiba.

Manusia-manusia berjubah hitam datang
Mari ikut kami
Manusia-manusia berjubah hijau datang
Membawa paying hijau
Katanya: mari ikut kami
Cahaya putih datang
Datang sinar kuning
Datang kilatan hitam
Cahaya merah datang
Apa ini? Apa ini?
Aku sakatul maut.

Kedinginan menjalar merayap perlahan-lahan
Dari hujung kaki ke hujung rambut
Dan kini seluruh jasadku diselaputi sejuk
Dan dingin singgah di tenggorokan
Kemudian datang malaikat maut di hujung kepalaku

Hei, jiwa yang keji
Keluarlah kepada kemurkaan Allah
Rohku berselerakan ke seluruh tubuhku
Lalu: inna lillahi wainna ilaihi raji’iuuun
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
Dan menghamburlah bau bangkai sebusuk-busuknya.
Tuliskan suratannya dalam “sijjin” pada bumi yang terbawah
Roh aku dicampakkan, dikembalikan ke dalam jasad
Lalu datang dua malaikat dan didudukkannya aku
Siapa Tuhanmu?
Hah, hah, aku tak tahu!
Apa agamamu?
Hah,hah,hah aku tak tahu!
Siapa lelaki ini yang diutuskan kepadamu?
Hah,hah,hah aku tak tahu!

Datangnya kepadaku seorang lelaki yang hodoh wajahnya
Buruk pakaiannya, busuk baunya
Siapa engkau?
“akulah amalanku yang keji”

Kini aku diazab dan diseksa di dalam kubur
Menunggu, menunggu doa anak yang soleh
Mana doa ankku seorang peguam
Mana doa anakku seorang doctor
Mana doa anakku seorang jurutera
Mana doa anakku seorang arkitek
Mana doa ankaku seorang professor
Mana? Mana? Mana? Manaaaaa?
~NORA~



Dia (nora) yang kukata tua..dia y kukatakan orang biasa..dia y kuanggap ah..orang lama..biasa2 saja tulisannya..bicara orang tua memang begitu..tapi setelah ku menggeledah, mencarik, menyusup melihat sendiri “ Ditengah Kota Memoir Sasterawan Nora” aku terjumpa “sesuatu”... “sesuatu” yang ada pada org yang kukatakan “tua, orang biasa, orang lama, biasa saja tulisannya”. Itulah dia nora (haji ali haji ahmad)..sasterawan negara kita..y sebelum ini aku anggap orang tua yg dah lama yang biasa2 sahaja penulisannya..tapi kini dia kuanggap orang tua yang masih muda  yang masih baru dan begitu luar biasa penulisannya..dialah NORA..
SMG ALLAH MEMANJANG UMUR BELIAU U TERUS BERNAFAS DALAM MENUNTUN ORANG YANG TERPANGGIL PADA LAMBAIAN ILAHI..AMEEN... (‘,^)V peaceee....


No comments:

Post a Comment