jom tgk2 yer kekawan


Wednesday 11 July 2012

sahabat



setiap kali terfikir..di mana nilai persahabatan itu terjadi..waktu duet tengah ciput ker..pastu der kawan bagi duet ..pinjam ler kan..ker atau hati tengah meloncat2 suka..ramai giler kekwn time tu..time sambut bufday..gempak sgt..tu  ker ukhuwahfillah..so..bagi nak cerahkan lagi otak kami..kami cube selidik2..selidik punyer selidik ni hasilnya...over dere..

balqis*berukhuwwah kerana allah
Ica mukica * berkawan tiada prangsaka dan melindungi sahabatnya
umi pra *bersahabat kerana allah dunia dan akhirat (ukhuwwahfillah abadan abada) dan menyayanginya juga kerana allah..
fatimah*ukhuwah yang membawa kita sehingga ke jannah. Saling tegur menegur..kalau rasa sahabat kita buat salah.kita rasa kesiankan dirinya.  Tegurlah dengan berhikmah dan iringinya dengan rasa ikhlas untuk menegurnya..begitulah sebaliknya..sentiasa mengingatinya walaupun jauh atau lama berpisah kerana allah sentiasa ada..kalimah allah yang menyatukan hati mereka, memang payah untuk mencapai tapi manusia boleh berusaha untuk mencapainya..
syad ku sayang kata* like her father said: semangat persaudaraan kerana allah..xboleh bergaduh2 mungkin salamatussudur. She said : kena reflect dan contohi balik persahabatan para sahabat dulu..banyak ibrah yang dapat kita kutip..semua sesama muslim semua  sedara..so memang perlu semangat ukhuwahfillah ni sepatutnya..sedangkan dalam hadith 13 pom Nabi sebut..sangat penting
Senior kpd hilal asyraf (langit illahi)*Mereka yang membawa kita balik kepada allah
Bro hamzah (langit illahi) *Bila kita nampak dia kita ingat allah

Banyak makna..banyak pengertian..tafsiran demi tafsiran..apa itu ukhuwwahfillah..apa itu bersahabat kerana allah..adakah sekadar di pertuturan y lembut di bibir sahaja maknanya atau di dalam hati kita, kita betul-betul memaknakannya ..ana sendiri pun susah nak memaknakan sebuah perkataan ini “UKHUWWAHFILLAH”.
Dalam hadith 13 Baginda sendiri telah memaknakan apa itu bersaudara... Begitu mendalam sekali sabda Baginda. 

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:“Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Bro hilal sendiri pernah memberitahu tentang pengembaraannya di UK. Beliau mengatakan sahabat2 Islam di UK yang tidak pernah dikenali sanggup memberi tumpang kepadanya untuk tidur dan menjamunya dengan makanan2 y baik sewaktu beliau pertama kali berkunjung ke sana..katanya..kerana hubungan berasaskan nama ALLAH..didasari iman seorang muslim..mereka xteragak2 untuk berkorban..u membantu sahabat  seagama y kesusahan..indahnya bersahabat kerana Allah..

Banyak pengajaran y boleh kita contohi..lihat sahaja pengorbanan Abu Bakar kepada sahabatnya, Baginda Rasulullah s.a.w sewaktu berada di gua thur..sewaktu menanggung kesusahan bersama Nabi untuk berhijrah ke Madinah..begitu perit tapi kerana keimanan dan semangat untuk berjuang dengan Rasulullah, beliau  xsanggup memberitahu Nabi tentang kakinya yang dipatuk oleh ular..mulianya Abu bakar..beliau berkata “JANGAN BERSEDIH, SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA DENGAN KITA”.

Melihat akabnya para sahabat di zaman rasulullah, para tabi' tabien..aku cemburu..cemburu kerana mereka sanggup berkorban..ya kerana satu perkara mereka sanggup berkorban..kerana ALLAH..maha suci tuhan sekelian alam..
cuba reflek diri kita..kawan nak mintak tolong sikit dah mengeliat kan..ni apatah lagi kalau kawan ajak nak gi perang...nauzubillah...
sama2 kita membaiki diri..kita bukanlah sesempurna manusia u meminta y terbaik..tapi kita boleh berusaha..allah xnilai hasil kita buat tapi allah lihat apa usaha kita..syukran jazakillah khair..


~ucapan di pagi 12.08 "saya sayang kakak saya...tapi susahnya nak cakap..nak luahkan..tapi apapon saya tetap sayang dia"


time ni alunan KCB beralun dalam laptop..huhu


~ucapan lagi di 12.31 "saya sayang sahabat2 saya..kerana tarbiyah kita bersama..insyaallah kerana allah jua kita bersama"
















bukan materialistikmu yang kukejar 
tapi humanistik dalam dirimu yang kucari