jom tgk2 yer kekawan


Sunday 21 December 2014

ilham bengkel puisi di AFZAN

syair sahabat setia


Dalam harapan aku meminta,
Ingin mencari teman setia,
Teman yang baik mampu bersama,
Suka dan duka setiap masa.

Seorang teman telah kujumpa,
Teman yang baik kamu namanya,
Rupanya elok baik agamanya,
Setia berkongsi apa sahaja.

Adat bermain ada bicara,
Nasihat tegur selalu ada,
Untuk bekalan di hari muka,
Kerana dia teman setia.

Duduk mengaji zikir tak lupa,
Solatnya awal diajak juga,
Tahajud malamnya turut bersama,
Mencari makna untuk esoknya.

Dalam berteman ada sukanya,
Dalam bersahabat ada dukanya,
Memang lumrah itu takdirNya,
Kerana Allah tentukan jua.

Tamatlah kisah diriku ini,
Doaku makbul bahagia diri,
Moga kita berdua ini,
Kekal bersama hingga akhir nanti.


syair ini kucoretkan untuk kamu wahai sahabatku sempena persahabatan kita yang pernah terjalin 5 tahun setengah ini..walaupun masa itu telah berlalu..tetapi memorinya kekal dalam hati..moga ukhuwah ini tidak berakhir di sini..