jom tgk2 yer kekawan


Thursday 29 December 2011

nota pejuang

Note  : suke2 menulis..n tetiba rasa nak tulis..=), 
~pringtn tuk diriku dan dirimu serta sekaliannya..
~new entri.. ,'')7

Kdg2 kita selalu meminta pada allah apa y kita nak...nak tu..nak ni..kalu boleh setiap keinginan tu kita nak cepat2...tp allah sayang kita..allah cintakan hambanya..
~Dia xbagy apa y kita nak tu cepat2...nak tau nape?? Sebab allah xnak kita bangga...xnak kita riak...n y penting allah xnak kita lalai dalam mengingatinya...lumrah manusia..bila kesenangn menyinggah mulalah kita hilang arah..terpesona pada nikmat sementra...doa munajat sepanjg mlm terbang entah ke mana..
~dia xbagy apa y kita nak tu direct..nak tau nape?? Sebab allah xnak kita lupe pada Dia...bila kita tahu doa kita dimakbulkan kita akan mula rasa.. “wah mustajab doa aku..doa sekali terus dapat..” Allah gantikan hajat kita tu dengan perkara lain..itu y kita xsedar..ex: kita doa supaya xda kena pykit  tapi allah bagy jugak kita demam..allah bagy jugak kita patah riuk..tapi allah gantikannya dengan adanya keluarga dan kawn2 kat sisi kita....banyak allah ‘memakbulkan’ doa kita kan..kita jer xsedar..urmmm..
Macam kita...nak semua ok tapi kdg2 allah xbagi lg sebab mungkin allah nak kita usehe lagi...usehe..usehe...berdoa..berdoa..berdoa padaNya dan akhir sekali bertawakal...




Terbaca n Copy from surat seorg kakak(kak azi) u adik2nya(utusan rindu): baca sampai abis k..




Lumrah pejuang
Apakah kau tahu lumrah pejuang?
Tidak dapat tidak, dua perkara daripadanya tidak akan terpisah.
Cabaran dan pengorbanan.
Kau diminta untuk memahami, tanpa kau perlu difahami. Kau diminta memberi, tanpa kau perlu memberi. Kau menongkah cabaran itu dan ini, tetapi kau tetap perlu mengorbankan itu dan ini. Kau ke mana sahaja wahai pejuang, pergilah ke mana sekalipun, selagi kau berjuang dan menjadi pejuang, kau memang akan menghadapi cabaran, dan kau perlu berkorban.
Kau akan kepenatan, kau akan keletihan, kau akan rasa kelaparan dan kedahagaan. Lorong-lorong cabaran, dan pengorbanan-pengorbanan yang kau lakukan, menghasilkan satu tekanan yang besar walaupun di wajahmu terpampang senyuman.
“…mereka ditimpa dengan kemelaratan, penderitaan dan digoncang(dengan pelbagai cubaan)…” Surah Al-Baqarah ayat 214.
Orang lain tak akan memahami. Dan tiada antara mereka yang mahu memahami.
Lumrah kau di atas jalan perjuangan ini.
Sampai satu tahap kau rasa sendiri. Timbul rasa benci. Tambah rasa sakit hati.
Betapa kau lihat manusia-manusia lain begitu jelek dengan perangai mereka.
Sungguh, mereka meminta kau memahami, tetapi kau langsung tidak difahami mereka.
Kau sedih? Kau rasa sudah mencium limitasi?
Ya, aku memahami. Inilah dia lumrah kau wahai pejuang.
Tetapi jangan fikir engkau terbuang.
Syyyh… jangan menangis. Seka air matamu.
Dia ada untukmu.

Dia
Manusia lain terbatas dalam mengenalimu. Mereka hanya satu beberapa juzu’ kehidupanmu dan berkata ini dan itu. Kau lakukanlah apa sahaja, mereka tetap tidak akan memahamimu. Ya, aku mengerti itu.
Tetapi Dia ini istimewa. Dia tahu segala. Dia faham kau serbi serba. Tahukah kau betapa Dia melimpahkan untuk kau cinta? Dia sentiasa rapat bersama, tidak pernah meminggir walau seketika.
Syyyhhh… jangan menangis. Seka air matamu.
Benar Dia tidak akan berbicara denganmu secara terus. Tetapi pernahkah kau melihat kalamNya yang mampu kau pegang dan baca itu?
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku amat dekat…” Surah Al-Baqarah ayat 186.
Dan ketahuilah dikau bahawa utusanNya itu pernah bersabda:
“…sekiranya mereka itu berkumpul untuk memberikan mudarat kepadamu, maka mereka itu tidak akan mampu memudaratkan kamu walau dengan apa pun kecuali dengan apa yang telah ditetapkanNya ke atas kamu” Hadith riwayat Tirmidzi, hadith ke 19 di dalam hadith 40 An-Nawawi.
Seka air matamu.
Dia ada di sisimu. Sangat dekat. Menjagamu. Memahamimu.
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat nadinya” Surah Qaaf ayat 16.

Aaah… Jangan menangis. Seka air matamu pejuang.
                                                                                                                                   


Dia menjagamu. Menjagamu.  

Merapatlah
Pejuang, seka air matamu itu.
Dia tidak sekadar bersamamu, bahkan memberikan segala pertolongan yang kau mahu. Pejuang, jangan kau meminta kepada selainNya. Pintalah kepada Dia dan Dia sahaja.
Jangan kau minta manusia memahamimu. Jangan kau minta manusia menghargaimu.
Mereka tidak akan memberikannya sehingga puas hatimu. Kerana mereka dengan hidup mereka, dan mereka bukannya kamu. Mereka juga menagih pemerhatian orang lain dan mengharapkan yang lain menuruti kepuasan mereka. Yang tidak mempunyai apa-apa, memang tak akan mampu memberikan kau apa-apa.
Tetapi Dia punya segalanya.
Dia menawarkanmu sesuatu yang takkan dapat ditawarkan sesiapa.
“Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik di dalam Syurga ‘Adn. Itulah dia kemenangan yang besar.” Surah As-Saff ayat 12.
Maka bersabarlah. Seka air matamu. Pastinya kau akan berjaya.
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” Surah Al-Baqarah ayat 155-157.
Dan Dia bukan penipu.
“Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” Surah Ar-Ruum ayat 5-6.
Maka seka air matamu pejuang. Hentikan hinggutan bahumu.
Merapatlah kepadaNya. Sungguh Dia akan membantumu.
“Dan berkatalah Rabb kamu: Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku makbulkan” Surah Ghaafir ayat 60.
“Sekiranya kamu membantu urusan Allah, maka Allah akan membantu kamu(dalam urusan kamu) dan menguatkan pula kaki-kakimu” Surah Muhammad ayat 7.
“Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, maka kau akan melihat Dia berada di hadapanmu(menjagamu), sekiranya kau hendak meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan sekiranya kau hendak meminta bantuan, mintalah bantuan Allah…” Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith 19 dari Hadith 40 riwayat An-Nawawi.
Seka air matamu. Gerakkan dirimu.
Sungguh, yang paling memahamimu adalah Dia.
Selainnya tiada..

Penutup: Seka air matamu pejuang

Sudahlah. Hentikan tangismu.
Bersihkan kembali niatmu. Bergerak ke arahNya. Bukan bergerak ke arah selainNya. Dia yang hendak menilai, dan memberikanmu segala. Dia yang bersamamu dan memahamimu setiap ketika.
Jangan menangis ya?


jangan menangis wahai
pejuang..go!go!!
Manusia bukannya memahamimu. Letih sahaja kau merajuk.
Jangan risau. Pengorbananmu berbalas. Rajukmu didengar.
Tidakkah kau merasa, Dia sedang memujukmu kala kau lara?
Tersenyumlah. Bangun.
Teruskan perjuangan.
Selesaikan tanggungjawabmu kepada sekalian insan.
Manakala mereka kepadamu, serahkan kepadaNya untuk diuruskan.





~Tugas kita belum berakhir dan insyaallah xkan ada noktahnya..tali y menghubungkan jgn terburai hanya itu sebaik2 tali yg Rasulullah tinggalkan untuk kita semua..ukhuwahfillah..insyaallah..


kata hati:~Saya sayang awak kerana Dia(allah) ada u mengizinkannya.. J..insyaallah..amin..

Tuesday 27 December 2011

ubati ia..


Sebegitu keraskah jiwa itu...








ubatilah hatimu dengan:






mati itu pasti..










~~lambaian tarbiyah sentiasa 
memanggilmu wahai sahabatku..~~

Saturday 24 December 2011

bingkisan hati untuk dia part I



salam to u..
entah nape..tangan terasa gatal nak menulis...gatal nak korek idung tersumbat..hehe..xderla..gurau jer..
entah!
tula kot jawapan dia..urrmmm..
nak tgk tv..malas!
tetiba ase nak continue penulisan y tetiba tergendala semalam..
jom geledah pe y ana tulis..hehhe..=)
~~
~~
~~~
~~~
dia kupandang sayu penuh kasih..
dia y kurasa perit di sepanjang hidupnya..
dia y kugenggam hasratnya untukku di sisinya..
dia y kupanggil sayang..

dia y kupanggil kasih sejati..

dia y selalu di sisiku..
dia y selalu memelukku..
dia y cium pipi aku..
dia y belai aku waktu mataku terlena..
dia y berjaga matanya untuk aku..
dialah y memanjakan aku..
sejak dr mula2 kuhirup oksigen pertama, 
dia??

siapa dia??
siapa dia y ku panggil sayang??
siapa dia??
siapa??
kau kenal dia??

kenal..
kenal??cepat bagitahu aku..siapa dia??
mak
mak??
ya mak..
ya..dialah y ku panggil..."MAK"

*My mum

bahasa ibunda jangn dilupa...
mak saya..



Bingkisan tuk mak saya..


Mak...

kalaula mak dengar pe na tulis nii..mesti terharu..huhuhu

Mak..

Masa kecik2 na nakal dop??
mak kate “dop eh”

mesti mak kate gitu..kan..sedap aty anak dia..

Dalam aty mak mesti mak kate..”na nakal sungguh..gaduh jer ngn kakak sampai mak kejar cari xjumpe2

Na tergelak2 ngn kakak sebalik kelambu ..hehe..nyorok dr mak...mak merata cr kitaorg kan.. =)

Lau mak dapat tangkap na ngn kakak..mak cubit geram kitaorg..mak kate..”geram ko paha lembik..rasa nak cubit jerrr....”kate mak..memang biru 3 4 ary kitorg punyer paha...tak sempat 2 hari kami buat hal lagi..mak pom terus jerr kejar kitaorg..anak2 mak nakalkan..hehe..mak..mak..

Ana tersengih sendiri time tulis ni..


Mak..dulu na meragam tak time nak g skolah..

“Sakit perut sokmo”

“Mandi xserupe dgn ore lain..pagi2 mandi air panah!”

mak kate na ni tiap2 pagi kene mandi air panas..xbleh kene air sejuk...nanti gastric...sakit perut..nangis xnak g skolah la..

manjanyer anak mak nikan...mak..i luv u..

mak..

ingat dop time na sakit perut dulu..siap terguling2 atas kerusi..

sampaikan tokki tegur..

“keno sapuk ko jin mano ni hah!!”

dr aksi terguling2 tu..lepas kene marah kat tokki, na terus senyap..

action manja lebih....  =)

nakal kan na coz xnak g skolah...hehe..(malas2 pom Alhamdulillah jd bakal guru..insyaallah..3 tahun lagi..mintak jauhla anak murid ana perangai cam tu nanti..)


Mak..

ingat lagi dop..

time na balik awal dr kelas kafa...ponteng lagi tepat!!

Kate kat ustaz...

”sakit perut ustaz,,,nak kelik”..”

xleh mari kelas ustaz..semalam sakit perut..”

terukkan ana..bg alasan sakit gastric xnak g kelas kafa.tp xderla sakit sgt..manja jerrr lbeh..huhuhu

effect dia..time dapat resulz upsr..

bisik kat kawan sebelah “nape diorg dapat sijil kafa  aku xdapat pom”

kawan cakap “diorg g kelas..ko??

aku tros senyap!!

~tula..bila org g kelas kafa,..kau ponteng..bila bagi sijil...terlopong jela..nasib2~~


Time skolah D6..peristiwa ni memang xleh ana lupe..btapa nakalnyer aku..

“cikgu, ana ngn izzat tgk kertas periksa dalam bilik stor!!”

Booommmmmmmmmmm!!!

Hancur harapan cikgu Sabiha..

“takpe2..nati tgk periksa dia dapat ke dop A”sinis cikgu Sabiha jawab.

Ana mulalah ketaq pala lutut..takot cikgu Sabiha bgtau guru besar...nak tengok muke garang cikgu pom xberani..btol2 kecut perut...mak takottt!!!

~betol2 anak2 nakal..
~xaku lupe..
~komplot gengs y g ambik buku latihan lam bilik stor y ade kertas soalan exam mase kelas malam!!~mohd izzat razali,nurul fahana hussin,y laen xingat dah sapa..tukang bocor pom xingat nama dia..
~tragis tol malam tu..~

Mak..

nakal kan anak mak ni..


 mak..
mak tau dak..time d6 ni anak mak suka kat anak terune org..
mak..
kalaula mak tahu...
anak mak ni pemalu... (-.-)v
mak nak tau sapa dia??

~bersambung~


Friday 16 December 2011

ish..ish...aku ke tu??


Dunia skrunk memang tanpa sempadan..no limit..no halangan..very curious n misterios if we want to explore it..dengan dunia skrunk kite sndri dpt tgk betapa ramai org guna laman seswg u cr ilmu,maklumat, skill and cuba berSOSIAL!!..very nice n tepat penggunaan perkataan tu..kalau kite tgk macam2 alternative manusia guna u berhubung..mula2 ziarah..borak2n lama2 terbuat ketupat..hhehe..gurau sajer..lepas tu guna asap/bunyi beduk u komunikasi..kreatif kan org zaman tok nenek kita..very clever..


lepas tu adeyer surat..antar surat guna abg posmen..posto..posto..hehe..cam criter p.ramlee lak..hehe ape taknyer nak bhubung dgn anak dara xleh jumpe2 sesuke aty..antar surat..hohoh..mak ayah kau mana tau..hehe..last2 kawin...seronok tul dia ya..




tapi org skrunk trend gandung dulu bru kawin..ermm..kalu x..ermm terbuang gitu jer lam tong sampah..kesian..arap2 pasni btaubat la..jangan asyik nak pi kat melaka jer..ingatlah anak yang dilahirkan itu xberdosa tapi ibu bapanya y berbuat keji..nauzubillah...



bintang pom tau sayang anak...kita???

Masa terus berubah...manusia pom berubah ikut zaman..telefon diperkenal..bermacam2 telefon..dari fon made in tin bertali sampailah pada backbery..eh..blueberry..eh eh..blackberry...hehe..what ever la kan..sebegitu manusia berotak geliga u buat benda2 cam tu..cip punyerla kecik cam tu..cam manelah diorg buat..ermm...
Skrunk ramai tul y guna fb..fb???muka buku la.. do u know muka buku?? Ala..lagu cinta muka buku leh najwa latif...hehe,..ingatla tu...
renovate from my senior-Lirik muka buku





[Cinta Muka Buku by Najwa Latiff edisi Islamik]

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku

kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu...000.. .FITNAH dunia atasku


... Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah bersalah tak menentu
oohh.. takot fitnah ke atasku..


banyak persoalan yg berada di minda

banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja.

Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..


Pabila kau bermanis kata padaku
Ku rasa sesuatu yang tak perlu Oooo…
Ini cinta penuh nafsu

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu rasa sesuatu Oooo…
Itu hanya cinta nafsu, cinta di muka buku..


Bagaimana harus bersua
Ku rasa lebih baik lupakan saja
kau dan aku masih remaja
tidak perlu memikirkan cinta sahaja

banyak persoalan yg berada di minda

banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja...

Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
haru
s elakkan semuanya dari mula..
cinta di muka buku..


Sebegitu hebat penangan fb sampaikan y nak berpacaran pom boleh.,..ebak2..ermmm..

tapi AWAS!!..kalau berpacaran(style ikot lagu)...jangan tunggu lama..lama..

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama,
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya


pandai pun nyanyi...hehe...try skli lagi..ermmm..nyanyilah sesorg k...
takpelah suare xsodep pom..asalkan tau..nilah lagu y patut2 pakwe makwe buayefrend n gelifrens amal n praktikkan...n lau nak lebih baik..."mak nak kawen.."..gerenti mak hang kate "boleh sayang...."(parang kat blkg...hehe)..skol pom xabis lagi..
kang senang tu..



~Sebegitu hebat jalinan komunikasi kita skrunk...very2 advance and lau kita bgtau mak ayah kite sal2 tgk wall, comment...mesti diorg kate...tgk dinding?? Daah giler ke anak aku ni..asyik tgk dinding jer..huhu..itulah teknologi..kalau bgtau tok kite..terlopong dia tidur..krooohh..kroohhhh..masuk lalat...opss!!
Tapi sejauhmna kita maju..sejauh mana kite pergi..sejauh mana kita merantau ke tempat org..jadilah seperti pokok semalu..(F/b to the topic)
Why i say pokok semalu..coz pokok semalu akan malu bila dia dititip o seseorg..biarpom melata di mana2..biarpom mrayap di mana..tetap menjaga dirinya..tetap menjaga dirinya dengan bersungguh2..pernah dengr pokok semalu berbicara?? Mesti tak kan..hehe..ngarut jer lau korang leh dengar..kalu la boleh degr pe y dia ckp kan bagus..mesti cam nikan..dengn ucapan "ish..dont touch me..iam single..”

perhiasan paling cun, paling lawa,
paling mempersonakan
kat dunia ni ialah wanita solehah..
boleh dop ana katekan Pokok semalu= wanita=lelaki...why i say like this..coz as a human we must be like pokok semalu..xblh sentuh..haram(muhrim blh la...)
senang citer..pokok ni lebh sesuai tok dsamakan dgn wanita..


Pernah dengar kisah pokok semalu y disebutkan oleh Rasulullah s.a.w berkaitan wanita?? Jom bace yerr..
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan..Fatimah mengatakan kepada bapanya, apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.. Fatimah terkejut.. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek..

*      Pertama ~ Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)..
*      Kedua ~ p.semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim..jgn merendahkan maruah kerana 'cinta' lelaki selain suamimu
*      Ketiga ~ Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah (Rabbul ‘Alamin)..
*      Keempat ~ Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja..jangan melilau tanpa tujuan kerana waktu tu syaitan byk sekali..

Begitu indah ciptaan Allah u kite hayati..pokok pom blh malu..apatah lagi kite kan..berfikirlah..try the bez to be a great muslim muslimah..
Tanya pada diri kite..



Adakah aku pokok semalu itu??






~~lambaian tarbiyah sentiasa 
memanggilmu wahai sahabatku..~~

Tuesday 13 December 2011

Memoir org lama dalam diri orang muda

dimana ada cahaya disitu kita tuju..




Lambaian itu melambai lagi ..berterusan melambai bak malar hijau y terus hijau..menghijauhi bumi ciptaan Dia..dicelahan angin y menderu..dicelahan batu-batuan yang dihempas ombaknya..pabila malam menjelang..lambaian ini terus bernafas..bernafas memanggil orang2 yang sedar..yang tersedar dari kegelitaan malam..kegelitaan gua yang berbatukan kerikil...
sang malam mencari di mana sinarnya bulan purnama y dulunya tersenyum manis padanya bersembunyi..kini..sang malam terus menanti tibanya cahaya itu ..cahaya y ingin dijadikan teman ..teman sebelom nafas terletak di halkum..
lambaian itu terus melambai..melambai pada y sedar..pada  yang tersedar..dan pada y baru ingin sedar..
sedarlah wahai hati..sedarlah..wahai jiwa..sedarlah wahai roh tuk mencari cahaya Dia..(peringatan u diriku jua..)

hidayah itu milikNya..
kita usahakan biar menjadi soleh solehah..


kubingkiskan sebuah memoir ditengah kota..
memoir orang lama..
memoir orang beragama..
memoir orang ternama..
memoir sasterawan tua...
sasterawan negara  ~NORA~
buatmu saudara2ku di luar sana:
sakaratul maut
Dinihari itu seorang OB rebah di kamar mandi
Diserang lemah jantung yang menggugat nyawanya
Tengah malam pulang dari sebuah hotel di KL
Bersama puan mudanya, bersama mulut dan lidahnya
Yang dinajisi alcohol dan banglonya diatas bukit.

Puan muda menelefon doctor peribadi OB
Dan doktoe berkejaran bersama beg perubatannya
Dan sebatang jarum injeksi dibenamkan ke urat OB
Dan berombak-ombak nafasnya
Bergelombang dadanya dilambung azab hempas-menghempas.

Tujuh hari tujuh malam OB brgeletakan
Golek telentang di pembaringan
Dan seluruh dunia dan isinya  berkumpul di dalam kepalanya:
Bangloku, mercedesku, wangku dalam Bnak Bumi,
Saham-sahamku di syarikat-syarikat, rumah-rumah sewaku
Pengarah-pengarah, kuda-kudaku di padang lumba, padang golfku,
Anak-anakku di luar negeri dan isteri mudaku.

Nazak hempas-menghempas, pulas-memulas dan pintal-memintal
Makan? Geleng kepala
Minum? Geleng kepala
Arak? Geleng kepala
Isteri muda? Geleng kepala
Mahu ke padang lumba kuda? Geleng kepala
Mahu pergi ke genting highland? Geleng kepala
Melancong ke Eropah? Geleng kepala
Ke Makkah naik haji? Geleng kepala
Apa yang kau mahu?
Oh Tuhan, panjangkan umurku
Panjang umur?berapa tahun kau mahu?
Seratus tahun?cukup?
Ya, seratus tahun.
Enam puluh tiga tak cukup?
Tidak puas hidup?
Tidak kenyang maakan maksiat?
Belum bosan mengumpul dosa?
Kau mohon panjang umur lagi?

Sedetik lagi sakaratul maut datang
Sedetik lagi Izrael datang
Sedetik lagi Malaikat Maut datang
Kau nazak sekarang, wahai OB.

Aku makin tegang dan makn sendat nafas di dada
Kedinginan mulai memanjat dan merayap kaki
Perlahan-lahan menjalar ke seluruh jasad yang terbujur
Aku dilambung resah, gelisah, keluh-kesah
Keluhan dan rintihan, panas, dahaga,, haus, panas
Air tujuh lautan mahu ditogok
Sebesar tujuh dunia kelaparan merobek usus-usus

Syaitan datang berbondong-bondong
Menginjak-mengijak akau, menggoda aku
Mahu memurtadkan aku
Nenekku datang. Nenek?
Kau dahaga, cucu? Kau lapar, cucu?
Mahu air? Ini bejana penuh air madu
Kalau cucu mahu masuk syurga, minum air syurga

Ibu? Ibuku mwngoyangkan buah susunya
Ini ibumu. Air susu ini  membesarkan kau, nak
Buangkan Islam, matilah kau dalam agama Yahudi
Ayah? Kau datang, ayah?
Matilah dalam agama Yahudi wahai anakku
Matilah dalam agama Kristian
Itulah agama yang membawa kau masuk syurga.

Ucaplah : la ilaha illahllah
Tidak,tidak,tidakkk
Ucaplah : la ilaha illahllah
Tidak,tidak,tidakkk
Rumahku, mercedesku, wangku dalam bank,
Saham-sahamku, kuda-kudaku, koalam mandiku,
Padang golfku, isteri-isteriku dan duniaku,

Sakaratul maut datang
Pak lebai dari rumah setinggan datang
Dipanggil oleh pemandu dengan merceds
Dan memanjat bukit ke bangloku di puncak desir angin
Tapi, lidahku telah kelu
Dan sakaratul maut kian detik tiba.

Manusia-manusia berjubah hitam datang
Mari ikut kami
Manusia-manusia berjubah hijau datang
Membawa paying hijau
Katanya: mari ikut kami
Cahaya putih datang
Datang sinar kuning
Datang kilatan hitam
Cahaya merah datang
Apa ini? Apa ini?
Aku sakatul maut.

Kedinginan menjalar merayap perlahan-lahan
Dari hujung kaki ke hujung rambut
Dan kini seluruh jasadku diselaputi sejuk
Dan dingin singgah di tenggorokan
Kemudian datang malaikat maut di hujung kepalaku

Hei, jiwa yang keji
Keluarlah kepada kemurkaan Allah
Rohku berselerakan ke seluruh tubuhku
Lalu: inna lillahi wainna ilaihi raji’iuuun
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
Dan menghamburlah bau bangkai sebusuk-busuknya.
Tuliskan suratannya dalam “sijjin” pada bumi yang terbawah
Roh aku dicampakkan, dikembalikan ke dalam jasad
Lalu datang dua malaikat dan didudukkannya aku
Siapa Tuhanmu?
Hah, hah, aku tak tahu!
Apa agamamu?
Hah,hah,hah aku tak tahu!
Siapa lelaki ini yang diutuskan kepadamu?
Hah,hah,hah aku tak tahu!

Datangnya kepadaku seorang lelaki yang hodoh wajahnya
Buruk pakaiannya, busuk baunya
Siapa engkau?
“akulah amalanku yang keji”

Kini aku diazab dan diseksa di dalam kubur
Menunggu, menunggu doa anak yang soleh
Mana doa ankku seorang peguam
Mana doa anakku seorang doctor
Mana doa anakku seorang jurutera
Mana doa anakku seorang arkitek
Mana doa ankaku seorang professor
Mana? Mana? Mana? Manaaaaa?
~NORA~



Dia (nora) yang kukata tua..dia y kukatakan orang biasa..dia y kuanggap ah..orang lama..biasa2 saja tulisannya..bicara orang tua memang begitu..tapi setelah ku menggeledah, mencarik, menyusup melihat sendiri “ Ditengah Kota Memoir Sasterawan Nora” aku terjumpa “sesuatu”... “sesuatu” yang ada pada org yang kukatakan “tua, orang biasa, orang lama, biasa saja tulisannya”. Itulah dia nora (haji ali haji ahmad)..sasterawan negara kita..y sebelum ini aku anggap orang tua yg dah lama yang biasa2 sahaja penulisannya..tapi kini dia kuanggap orang tua yang masih muda  yang masih baru dan begitu luar biasa penulisannya..dialah NORA..
SMG ALLAH MEMANJANG UMUR BELIAU U TERUS BERNAFAS DALAM MENUNTUN ORANG YANG TERPANGGIL PADA LAMBAIAN ILAHI..AMEEN... (‘,^)V peaceee....