~pringtn tuk diriku dan dirimu serta sekaliannya..
~new entri.. ,'')7
Kdg2 kita selalu meminta pada allah apa y kita nak...nak
tu..nak ni..kalu boleh setiap keinginan tu kita nak cepat2...tp allah sayang
kita..allah cintakan hambanya..
~Dia xbagy apa y kita nak tu cepat2...nak tau nape?? Sebab allah xnak kita bangga...xnak kita
riak...n y penting allah xnak kita lalai dalam mengingatinya...lumrah
manusia..bila kesenangn menyinggah mulalah kita hilang arah..terpesona pada nikmat
sementra...doa munajat sepanjg mlm terbang entah ke mana..
~dia xbagy apa y kita nak tu direct..nak tau nape?? Sebab allah xnak kita lupe pada Dia...bila
kita tahu doa kita dimakbulkan kita akan mula rasa.. “wah mustajab doa aku..doa
sekali terus dapat..” Allah gantikan hajat kita tu dengan perkara lain..itu y
kita xsedar..ex: kita doa supaya xda kena pykit tapi allah bagy jugak kita demam..allah bagy
jugak kita patah riuk..tapi allah gantikannya dengan adanya keluarga dan kawn2
kat sisi kita....banyak allah ‘memakbulkan’
doa kita kan..kita jer xsedar..urmmm..
Macam kita...nak semua ok tapi kdg2 allah xbagi lg sebab
mungkin allah nak kita usehe lagi...usehe..usehe...berdoa..berdoa..berdoa
padaNya dan akhir sekali bertawakal...
Lumrah pejuang
Apakah kau tahu lumrah pejuang?
Tidak dapat tidak, dua perkara daripadanya tidak akan terpisah.
Cabaran dan pengorbanan.
Kau diminta untuk memahami, tanpa kau perlu difahami. Kau diminta memberi,
tanpa kau perlu memberi. Kau menongkah cabaran itu dan ini, tetapi kau tetap
perlu mengorbankan itu dan ini. Kau ke mana sahaja wahai pejuang, pergilah ke
mana sekalipun, selagi kau berjuang dan menjadi pejuang, kau memang akan
menghadapi cabaran, dan kau perlu berkorban.
Kau akan kepenatan, kau akan keletihan, kau akan rasa kelaparan dan
kedahagaan. Lorong-lorong cabaran, dan pengorbanan-pengorbanan yang kau
lakukan, menghasilkan satu tekanan yang besar walaupun di wajahmu terpampang
senyuman.
“…mereka ditimpa dengan kemelaratan, penderitaan dan digoncang(dengan
pelbagai cubaan)…” Surah Al-Baqarah ayat 214.
Orang lain tak akan memahami. Dan tiada antara mereka yang mahu memahami.
Lumrah kau di atas jalan perjuangan ini.
Sampai satu tahap kau rasa sendiri. Timbul rasa benci. Tambah rasa sakit
hati.
Betapa kau lihat manusia-manusia lain begitu jelek dengan perangai mereka.
Sungguh, mereka meminta kau memahami, tetapi kau langsung tidak difahami
mereka.
Kau sedih? Kau rasa sudah mencium limitasi?
Ya, aku memahami. Inilah dia lumrah kau wahai pejuang.
Tetapi jangan fikir engkau terbuang.
Syyyh… jangan menangis. Seka air matamu.
Dia ada untukmu.
Dia
Manusia
lain terbatas dalam mengenalimu. Mereka hanya satu beberapa juzu’ kehidupanmu
dan berkata ini dan itu. Kau lakukanlah apa sahaja, mereka tetap tidak akan
memahamimu. Ya, aku mengerti itu.
Tetapi
Dia ini istimewa. Dia tahu segala. Dia faham kau serbi serba. Tahukah kau
betapa Dia melimpahkan untuk kau cinta? Dia sentiasa rapat bersama, tidak
pernah meminggir walau seketika.
Syyyhhh…
jangan menangis. Seka air matamu.
Benar
Dia tidak akan berbicara denganmu secara terus. Tetapi pernahkah kau melihat
kalamNya yang mampu kau pegang dan baca itu?
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka
sesungguhnya Aku amat dekat…” Surah Al-Baqarah ayat 186.
Dan
ketahuilah dikau bahawa utusanNya itu pernah bersabda:
“…sekiranya mereka itu berkumpul untuk memberikan mudarat kepadamu, maka
mereka itu tidak akan mampu memudaratkan kamu walau dengan apa pun kecuali
dengan apa yang telah ditetapkanNya ke atas kamu” Hadith
riwayat Tirmidzi, hadith ke 19 di dalam hadith 40 An-Nawawi.
Seka
air matamu.
Dia
ada di sisimu. Sangat dekat. Menjagamu. Memahamimu.
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dan Kami sedia
mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Sedang Kami lebih dekat kepadanya
daripada urat nadinya” Surah Qaaf ayat 16.
Aaah…
Jangan menangis. Seka air matamu pejuang.
Dia
menjagamu. Menjagamu.
Merapatlah
Pejuang,
seka air matamu itu.
Dia
tidak sekadar bersamamu, bahkan memberikan segala pertolongan yang kau mahu.
Pejuang, jangan kau meminta kepada selainNya. Pintalah kepada Dia dan Dia
sahaja.
Jangan
kau minta manusia memahamimu. Jangan kau minta manusia menghargaimu.
Mereka
tidak akan memberikannya sehingga puas hatimu. Kerana mereka dengan hidup
mereka, dan mereka bukannya kamu. Mereka juga menagih pemerhatian orang lain
dan mengharapkan yang lain menuruti kepuasan mereka. Yang tidak mempunyai
apa-apa, memang tak akan mampu memberikan kau apa-apa.
Tetapi
Dia punya segalanya.
Dia
menawarkanmu sesuatu yang takkan dapat ditawarkan sesiapa.
“Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke
dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan
kamu di tempat-tempat tinggal yang baik di dalam Syurga ‘Adn. Itulah dia kemenangan
yang besar.” Surah As-Saff ayat 12.
Maka
bersabarlah. Seka air matamu. Pastinya kau akan berjaya.
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut
(kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan
dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira
kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa
oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan
Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang
dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya;
dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” Surah
Al-Baqarah ayat 155-157.
Dan
Dia bukan penipu.
“Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa
yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Demikian dijanjikan
Allah. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia
tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” Surah
Ar-Ruum ayat 5-6.
Maka
seka air matamu pejuang. Hentikan hinggutan bahumu.
Merapatlah
kepadaNya. Sungguh Dia akan membantumu.
“Dan berkatalah Rabb kamu: Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku makbulkan” Surah
Ghaafir ayat 60.
“Sekiranya kamu membantu urusan Allah, maka Allah akan membantu kamu(dalam
urusan kamu) dan menguatkan pula kaki-kakimu” Surah
Muhammad ayat 7.
“Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, maka kau akan
melihat Dia berada di hadapanmu(menjagamu), sekiranya kau hendak meminta
sesuatu, mintalah kepada Allah, dan sekiranya kau hendak meminta bantuan,
mintalah bantuan Allah…” Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith 19 dari
Hadith 40 riwayat An-Nawawi.
Seka
air matamu. Gerakkan dirimu.
Sungguh,
yang paling memahamimu adalah Dia.
Selainnya
tiada..
Penutup: Seka air matamu pejuang
Sudahlah.
Hentikan tangismu.
Bersihkan
kembali niatmu. Bergerak ke arahNya. Bukan bergerak ke arah selainNya. Dia yang
hendak menilai, dan memberikanmu segala. Dia yang bersamamu dan memahamimu
setiap ketika.
Jangan
menangis ya?
jangan menangis wahai pejuang..go!go!! |
Manusia
bukannya memahamimu. Letih sahaja kau merajuk.
Jangan
risau. Pengorbananmu berbalas. Rajukmu didengar.
Tidakkah
kau merasa, Dia sedang memujukmu kala kau lara?
Tersenyumlah.
Bangun.
Teruskan
perjuangan.
Selesaikan
tanggungjawabmu kepada sekalian insan.
Manakala
mereka kepadamu, serahkan kepadaNya untuk diuruskan.
~Tugas kita belum berakhir dan insyaallah xkan ada noktahnya..tali y menghubungkan jgn terburai hanya itu sebaik2 tali yg Rasulullah tinggalkan untuk kita semua..ukhuwahfillah..insyaallah..
kata hati:~Saya sayang awak kerana Dia(allah) ada u
mengizinkannya.. J..insyaallah..amin..