jom tgk2 yer kekawan


Sunday 4 December 2011

anak sulongku


salam u semua..ahlan wa sahlan to my blog sekali lagi...pe kabor semua..smoga sihat ahmadulillah kepada kalian y membaca entri ni atau pom y masih ada di luar sana..


try speaking arab tadi..hehe..padahal xreti sgt..ni pom terikut2 ngn kekwn y 1 perjuangan 1 wardah dengan ana..sapa agy kalu tak dak2 pai..especially my rumet..ge3x..

sambil selak2 ana pom lembaran lama..dah naik anai2 dah koleksi ana y dulu..hhuhu..xder org y usik..tu y anai2 beranak pinak sampai ketrunan ke brapa tah..sampaikan tulisan y ana lakarkan pom dah kabur..


usang dimamah usia

mungkin ni salah satu nukilan y pernah ana coretkan di usia ana masih lagi mentah xtau benda apa..usia masih lagi muda dalam bidang penulisan...usia y boleh dikatakan masih lagi belom terdedah pada surrounding luar..moga2 kalian menghayatinya...ur pleasure..


Oleh : Hana Azmira

Cuba ku lupa,,cuba ku usir,,,tiada mampu ku ubah lagi,,,
 kenangan bersama kalian dalam ingatanku selamanya..

Aku terbangun lewat lagi pagi ni. Ini Linda  punya pasal, dikerjakan aku malam tadi untuk menemaninya menonton cd The Eye II. Terpekik terlolong bila menonton adegan hantu yang main aci cak. Last-last aku yang jadi mangsa pelukan percuma. Geli pun ada..ee.....Dalam pukul dua lebih baru kepala jumpa bantal. Kalau diikutkan si minah kepoh tu agaknya tak terbangunlah agaknya aku pagi ni.
                                                          
Sudahlah sarapan tak sempat makan, kakinya pula hampir tersadung juga dibuatnya semasa menuruni kereta ayah tadi.  Habis disumpahnya dalam hatinya. Air muka tak usah cakaplah masam memuncung... macam itik tercekik tulang...huhu..
           
’Eee..... geram betul !!’. Aku mengomel sendirian sambil berlari ke arah pagar sekolah. Beg yang disandang sebelah kanan hampir terlondeh melihat Pak Mat yang kacak beruniform sedang menanti dengan kayu coti di tangan. Berdesing telinganya mendengar hentakan kayu coti itu yang berlaga dengan besi pagar. Lagaknya seperti menanti mangsa mara untuk berlawan. Garangnye... aku mengomel sendirian.

            Langkah yang ku atur terasa sumbing. Serba tak kena saja. Wajah bengis Pak Mat yang berdiri menyebabkan kepala lututku mengeletar semacam. Tak pernah sekalipun aku terlewat sebelum ni. Untuk nampak lebih real lakonanku sempat lagi aku berhenti di pondok kecil. Berpura2 memeriksa buku2 dalam beg. Sedangkan tiada apa pun. Namun ekor mataku tajam ’merenung’ Pak Mat. Namun tiada respon. Aku mengaku kalah. Pak Mat memang menunggu untuk ’membaham’ku..

Digagahkan jua kaki melangkah ke pintu pagar dengan muka yang sengaja diselambakan. Langkah diatur tanpa rasa bersalah. Takut Pak Mat tersedar kegugupanku di saat ini. Dalam hati tuhan saja yang tahu. Berdegup bagai nak terkeluar isinya. 

'ha!!

Tiba-tiba Pak Mat tergelak terbahak-bahak melihat wajahku yang serba tak kena. Aku berpaling ke arahnya yang tengah menekan-nekan perutnya sambil ketawa. 

’Muka kau ni macam ayam tak makan saman..selamba jea jalan, pak cik tak marahlah..sebab lima minit lagi pagar akan ditutup’. Kata-kata yang terluncur sinis membuatkan mukaku bertambah ronanya. Hantu betul!

            ’apa lagi jalanlah..!! ’jeritnya sambil tersengih gatal. Tanpa pamitan aku berlari dengan sekuat hati meninggalkannya yang masih lagi tertawa. Tidak lagi dihiraukan JPK HEM yang berselisih denganku. Salam pun tidak aku berikan pada beliau. Malu punya pasal. Malu tahap hijau kuning dah..macam alien dah..mak!!!

            Matlamatku ialah untuk sampai cepat ke kelas. Tiba di selekoh bangunan, terasa badanku terlanggar sesuatu. aku lihat badanku tetiba melayang macam aksi daamcriter boboi boy. Di awang-awangan seketika. Akhirnya macam nangka busuk aku jatuh..berdebuk!!!.

’argh...adui....sakitnya..adoilah..’sakit di punggung jelas terasa. Tiba-tiba aku terpandang cecair yang melekat di kain. Lutut aku..!!.

’mak.....!!’ aku menjerit kecil apabila kainku tersentuh pada luka di lutut. Pedih mula terasa. Pantas aku memandang orang melanggar aku sehingga aku jadi begini. Dengan tergesa-gesa aku pantas bangun. Orang itu juga turut bangun dengan lagak macho. Dengan rasa marah dan mual mula menempel dihati, lelaki yang beruniform putih, berbadan agak tegap serta memakai kaca mata, aku cerlung.

’apa ni langgar orang? Tak nampak ke?’. Lelaki itu aku segah. Hentam jelah. Tak ade dah ayu-mayu, dah jadi kayu ni adalah..lantaklah..aku mara menghampiri lelaki itu. Lelaki itu juga mendekatiku namun langkahnya terhenti, agak serba salah memandangku. Betullah tu! Mata letak ke mana..sesedap rasa ati ayam je langgar orang. Aku mengguman.

’apa kata awak? Saya yang langgar awak? biul ke?...’mencerlung lelaki itu padaku.

”awak kata saya biul?’ makin besar laut merah ku rasa. Rasa nak hentak2 saje kaki..tak puas hati.

’memang awak biul..biul! biul! tau tak!!’ lelaki itu menjerit kepadaku. Tersentak tahap beruk aku. Tak sangka agak bisa jugak mulut lelaki itu. Terkedu aku dibuatnya. Namun kerana ego, pantas darjah celcius badanku menaik.....

’kenapa jerit-jerit!!..nak gaduh ke? Ni sapa yang nak tanggung lutut saya ni..ni..ni..tengok’. Aku pantas menunjuk pada kainku yang dicemari darah sedikit. Bukannya banyak tapi ego yang lebih. Dadanya berombak tahap Laut China Selatan masa musim tengkujuh dah ni. Alang-alang gaduh jangan biar lelaki itu menggangap dia lemah. Jangan sampai terangkat kain sudah. Nanti aku yang malu jugak..

’alah sikit je..bukan banyak pun..kena bayar ke?’ lelaki itu sindir. Agak kendur berbanding dari tadi apabila melihat bawah kain sekolahku agak tercemar dengan darah .

’sikit awak kata? Sakit tau tak ?Awak dahlah langgar saya. Suka-suka je kata sikit..sekurang-kurangnya mintak la maaf....’aku mengomel sambil mengambil beg yang tercampak di sisi lelaki itu. Malas nak layan. Malahan aku takut, dahlah selekoh ni macam sunyi je...dari bergaduh lebih baik aku blah dulu...

’hei ! awak yang langgar saya. Tiba-tiba muncul macam ribut. Mata tu letak mana? Lutut ke?’ sinis sekali kata-kata itu. Langkahku terbantut. Aikh..nak gaduh balik ke?

Hati yang mula kendur mula rasa hangat. Rasanya dah sampai ke muka habanya..macam gunung berapi yang dah mati tiba-tiba nak muntahkan lava balik. Macam nak telan je manusia depan aku ni..

’hei...awak yang salah tau tak...bukan saya...’separuh menjerit aku membalas balik. Geram betul..tangan aku kepal. Lalu dirapati lelaki itu. Automatik dia pun mendekati dengan matanya agak merah. Aku tak kira dah akibatnya lepas ni. Ditelinganya aku jerit ’hei..kaulah...!’.

’kaulah...!!’ dia pun menjerit ke telingaku jugak.

’kau...!!!’

’kau.......!!!!

’Hei apa ni !! Kau orang buat apa ni? Dating ke? Orang lain dah masuk kelas, yang korang berdua ni gaduh-gaduh manja plak kat sini ye....'

Suara garau Cikgu Khalid Misai mencelah pertengkaran antara kami. Bagai terdengar petir di langit, aku dan lelaki itu terus terkejut bagai nak rak. Rasa nak pengsan pun ada. Kepalaku mula terasa berdenyut rancak..argh...

 ’ Ya, Allah, kena tangkap basah aku kali ni. Mati aku..mak, tolong along mak...’aku terkumat-kamit. Mengeletar tubuhku di saat itu. Juraian air mata mula membasahi pipiku. Wajah Cikgu Khalid dan lelaki itu nampak serba salah.

‘Saya....sa....’

’tak payah!,” aku terus berlari. Sekuat mungkin. Hati aku hancur lumat rasanya macam cili kene kisar. Lumat – lumat.Tanpa berfikir panjang, aku ke tandas. Aku menangis sepuas hati. Sakit hati betul...
           
Perasaan benci pada lelaki itu semakin membuak-buak. Harap muka handsome saja tapi perangai macam setan, hantu, orang gila!! Aku menyumpah dalam hati sambil mengesat darah di lututku. Tidak berani meluahkan terang-terangan bimbang diketahui pelajar lain yang juga turut berada di tandas. Dahlah hari ni first day aku ’cuti’, so emosi pun campur dengan hormon yang tak berapa ok. Payah nak kawal perasaan.

            Selepas membelek-belek muka di cermin, terjingkit-jingkit aku keluar. Terintai-intai juga, mana tahu dibuatnya terserempak dengan Cikgu Khalid, naya dia nanti. Kehadiranku yang agak lewat dengan mata merah dan baju sekolah yang agak comot mengundang seribu tanda tanya pada Cikgu Azizah dan kekawan. Otakku pantas mencari idea, takkan nak beritahu accident ’tangkap basah’ olah Cikgu Khalid tadi? Malu beb!!

            Dengan berat hati, aku menjelaskan kelewatanku. Nenek yang sakit menyebabkan aku terlewat bangun dan ketinggalan bas. Cikgu Azizah mempercayainya. Maaf nek, bukan Su nak doakan nenek sakit, tapi demi maruah Su, Su terpaksa..maafkan Su nek..aku berwajah lesu menuju ke arah tempatku. Rasa menyesal kerana berbohong mula menular di dalam hati. Ah! nantilah akan ku terangkan segalanya pada Cikgu Azizah. Maafkan aku, cikgu.....

            Dua tiga orang budak lelaki disebelah memandang ke arahku. ’Kau terkencing ke Su, basah kain kat punggung tu..?’ khairil teragak-agak menegurku.

            ’diamlah ! jangan nak menyibuk.’ Suaraku yang agak keras menyebabkan Khairil menikus sambil tersengih-sengih.


*******************************************************

Keesokannya, akulah yang paling awal datang. Takut peristiwa semalam berulang. Di paksa ayahku, Encik Mazlan menghantarku pukul 6.45 pagi. Malam tadi  pun pukul 10.30 dah tidur. Tidak dihiraukan Linda yang memujukku menemaninya menonton tv, malah dia aku sembur habis-habisan. Padan muka!

Aini, teman rapatku mula mengorek rahsia perhal semalam. Pada mulanya, aku enggan bercerita, malu pada Aini.

’jadi kau berbohonglah kat cikgu semalam?.’ Aku menggangguk perlahan. Aini menggeleng kepala. Terlopong mulutnya memandangku. Ah!! mungkin Aini terkejut dengan sikapku yang sebelum ini yang tak pernah berbohong pada sesiapa walaupun keadaan menghimpit. Tapi kali ini mungkin Aini tak percaya. Tapi aku betul-betul terdesak. Desprade!!

’aku terpaksa, Aini kalau aku bagitahu semalam, mesti semua orang akan gelakkan aku. Tapi kau tak payah risau, sebelum aku balik sekolah semalam aku dah terangkan pada cikgu. Cikgu faham keadaan aku’. Cikgu Azizah juga terlopong mulutnya mendengar ceritaku. Tidak sangka barangkali. Akhirnya cikgu Bahasa Melayu itu memaafkan aku dan menasihatkan aku agar bersabar dan tidak mengulangi perangai lambat hadir ke sekolah. Dalam terpaksa aku mengangguk jua.

Wajah tegang Aini beransur kendur selepas mendengar penjelasanku. Aini pun bukannya seorang yang suka berbohong. ’kesian kat kau. Tak patut budak tu tuduh kau macam tu. Jahat betul! kalau aku, dah lama aku fire habis-habisan, biar dia rasa’.

Aku menarik nafas perlahan. Terasa sesak sekali. Dikerling pada Aini. ’tapi aku tetap bersyukur Cikgu Khalid tak datang cari aku. Kalau tak nahas aku kerjakan budak tu.’

Dahi Aini berkerut ’budak kau kata, budak kecil ke?.’

’ish....tak adalah budak, sebaya kita je kut. Aku pun tak pernah tengok dia sebelum ni. Napa nak kenal ke?’ Usikku. Sempat lagi buat lawak antara benua. Merah  muka Aini.

’kau jangan nak mengarut, Su. Mana nak campak  pak we aku tu. Tak da dah penggantinya. Dahlah kacak, handsome, pandai..ee....’. Aini mula berangan teringatkan Afzail, senior mereka, pelajar tingkatan enam atas. Budak aliran ekonomi weh.. Dia mula tersengih-sengih sorang-sorang.

Aku yang melihat perangai mengada - gada Aini mula terasa mual, lalu ditolaknya Aini jauh - jauh. ’oit...kut ya pun nak bergewe, tak yahlah bagitau aku, geli tau..pergilah..’. Aini ketawa berdekah-dekah. Aku menjuih bibir. Gedik betul..tapi Aini sorang je yang memahami perasaanku walaupun gediknya itu agak mencuakkan.

’aku taulah kau tu anti lelaki, janganlah kata gitu, rugi tau..boleh cintan-cintan cikit, buat semangat..hehehe

’banyaklah kau semang.......’

Belum sempat memberi nasihat pada Aini, kelibat Cikgu Ropeah dari kejauhan melenggang ke kelas membantutkan kerjaku untuk ’membasuh’ Aini. Aini pulak bergegas ke tempatnya.

Buku Geografi aku belek-belek perlahan. Perasaanku masih tak tenteram. Tiba-tiba bawah mata kananku berdenyut beberapa kali. Biasanya orang-orang tua kata ada benda akan berlaku. Kalau berdenyut sebelah kanan akan mendapat berita baik dan jika berdenyut sebelah kiri, sebaliknya pula.


*******************************************************


Kedatangan Cikgu Ropeah, guru kelas kami pada pagi itu betul-betul mengubah mood aku lebih 361 darjah. Betul-betul membuatkan kepala aku bengang. Berasap! Mana taknya cikgu mathnya itu datang berlenggang dengan lelaki yang dibencinya ke kelas.

’Bencinye !!.’ Tanpa sedar suaruku kuat menjerit sehingga teman-temanku terkejut lalu memandangku kehairanan.

’awak ni kenapa Suraya, macam nampak hantu jea...?’. Ujar Cikgu Ropeah memandangku. Dengan perasaan malu, aku menggeleng beberapa kali. Lelaki di depan yang datang bersama cikgu juga terkejut melihatku. Ah ! mungkin dia kaget melihat aku kot yang tetiba menjerit dan mungkin juga terkejut melihat aku yang mungkin akan menjadi rakan sekelasnya. Rakan sekelas? Boleh blahlah..aku mengutuk dalam hati.. tak dipandangnya lelaki itu di hadapan kelas.

’Aini, itulah mamat yang langgar aku semalam’. Aku cepat-cepat berbisik pada Aini. Wajah Aini benar-benar terkejut. Agak lama Aini terdiam memandang lelaki itu. Tajam jugaklah..

’handsome gak...’ pujinya selepas terdiam dua minit. Gaya percakapannya agak miang sewaktu memuji lelaki itu. Meluat aku!

’jangan nak ngada-ngada, ok? Baca buku lagi bagus’. Marahku mula tempias pada Aini. Budak ni tak boleh pakai jugak. Sama je dua kali lima dengan budak lelaki tu...

            ’kau memang macam tu. Pak we kau buku je, tak danya toleh pun balak-balak cun ni..’. Aini mencebik.

            Cikgu Ropeah berdehem kuat. ’Suraya, Aini..apa yang dibisikkannya tu?’. Aku dan Aini terkedu lantas menunduk malu. ’Ni saya nak perkenalkan kawan baru kamu semua, Mohd Zafar. Oklah Zafar, awak perkenalkan diri dulu, saya nak ke pejabat sekejap’. Ujar Cikgu Ropeah lantas bergegas ke pejabat setelah memastikan kami semua hadir.

            Ucapan lelaki yang dinama Zafar seperti yang dikatakan oleh cikgu sebentar tadi tidak aku hiraukan. Perasaan marah dan meluat masih terasa. Melihat wajahnya juga membuatkan aku terasa naik loya. Perasaanku jauh melayang entah ke mana.

            ’hai jauh termenung, terbayang si Zafar handsome ke?’ Sofian menepuk meja. Aku terkejut. Sofian tertawa besar. Pantas aku mengurut dadaku. Dijelingnya Sofian ditepi. Jelingan maut tahap nak terkam orang. Suasana kelas bertukar lenggang. Ah! Rupanya dah sampai waktu rehat.

            ’kau jangan mengarut, Yan. Nak kena ni?.’ Diajukkan penumbuknya yang tak seberapa besar kepada Sofian. Marah kerana digosip dengan mamat ’handsome’ yang di gelar oleh Sofian. Geli usus aku dibuatnya..huh..nak ingat nama pun dah nak naik loya apalagi terbayang muka cemberut tu..ee..mintak simpang..aku mencebik..

            ’Janganlah marah adik sayang...hehe... aku tahulah akukan buah hati kau..ye dop....’. Sofian buat muka gediknya, lalu bertenggek di bucu mejaku. Geli aku melihatnya. Tergedik-gedik. Rosman dan Fikri tersengih-tersengih memandang ke arahku. Siulan Fikri membuatkan aku naik mual. Rasa tak senang mula bertapak. Kalau dilayan macam nilah jadinya, terlebih-lebih perangainya...

            ’adik sayang? Banyaklah kau. Tak hingin aku!.’ Suaraku mula berubah tinggi. Dijuihkan bibir tanda tidak senang.

            ’tulah kau, aku ajak couple dengan aku, kau tak nak. Dah berbuih ayat jiwang aku hantar, kau tak layan pun. So, sekarang agaknya aku kena bersaing dengan mamat baru tu. Kau jangan reject aku, eh...’ Rayuan Sofia mengelikan tekakku. Tak mungkin akan kulayan madah bermadunya. Bolayanlah....


*******************************************************


            Angin malam yang menyapa  agak mengkhayalkan. Dedaun yang meliuk lembut bagaikan disorong irama Melayu campur rock sikit-sikit, menyegarkan mata yang mula kantuk. Bebintang yang bersinar bagaikan terlihat si dia di sana, tersenyum  ke arahku. Ah..sukarnya aku melupakan dia. Macam mana dia sekarang. Study ke or tengah makan? Macam mana agaknya kalau dia tahu aku suka kat dia. Dia malu ke atau dia ketawakan aku?

            ’along, kamu dah tidur ke belum ?.’ Suara mak memecah kesunyian bilik sekali gus memecah gegendang telingaku. Aku membuka daun pintu, terjenggul mukaku. Mak yang berbedak sejuk mengelikan ususku, rasa nak terburai pun ada. Ni pun dah berbelit ususku. ’macam hantu je mak ni, terkejut along.’  Aku mengusik mak yang mengelek bantal. Mak hanya mencebik.

            ’tadi ada budak lelaki yang telefon bertanyakan along. Mak cakap kamu dah tidur. Tak sempat mak nak bertanya nama dia.’ Mak mula bertanya dengan riak tidak senang. Aku terkejut pantas berfikir ligat.  Macam kipas heli je. Ligat...hehe...ah! persetankanlah, bukannya aku kenal. Bisikku perlahan.
           
            Melihat aku yang terkebil - kebil, mak berkata, ’takpelah, buat kerja sekolah tu, nanti mengantuk pulak’ mak bangun lalu keluar menuju ke biliknya. Aku hanya mengiakannya saja. Mataku sudah berbayang teddy bear..dah melayang otak dekat bantal busukku..ngantuk..


*******************************************************


3 hari kemudian...   

            Lelaki yang memalukan aku dulu namanya Mohd Zafar Haziq Sulaiman, lelaki yang membuatkan aku menangis depan cikgu Khalid, dan lelaki yang telah membuatkan aku berbohong sunat pada Cikgu Azizah. Malu betul bila terpaksa mengaku di hadapan cikgu tentang accident yang tidak disangka itu. Apapun aku tak ambik kisah sangat pasal dia. Itu pun Cikgu Razlan yang bertanya tentang nama Zafar. Aku yang duduk di barisan agak depan terdengarlah jugak cikgu menyebut nama penuh dia walaupun terasa nak tekup je telinga daripada mendengar nama budak tu.

            Mengah pun tak hilang lagi.. tengok-tengok Zafar dah ada dalam kelas sewaktu aku sampai...teman-teman yang lain belum lagi sampai lagi. Terasa sesak dadaku di saat itu. Zafar yang duduk di belakang aku jeling. Dengan lagak sombongnya dia mendekati aku dengan tangan kanan dimasukkan dalam poket seluar. Tangan kirinya menyelak rambutnya perlahan..nak tunjuk macholah tu...aku mencebik benci..berlagak je lebih..

            Zafar menghampiriku. Lalu dia bertenggek di meja di sebelah selang semeja dariku. Aku buat tak tahu. ’eh, tak malu betul budak perempuan tu semalam kan? dahlah langgar orang, kain dia basah..,kesian aku tengok, kan Su? Siapa si malang tu ye ?’. Suara sinis Zafar yang bergema membuatkan terasa ada bara yang telah lama terpadam kembali membara dalam dadaku.. terasa nak menyala semula kayu yang hampir kering.

            ’jangan dijolok sarang tebuan yang tengah bergoyang, takut nanti ada yang lebam. Kesian takut awek lari pulak. Dahlah tuan punya body tak kacak mana. Kalah muthu yang jual putu mayam kat depan sana..’aku ketawa kegelian. Teringat Muthu yang menjaja kuih putu mayam. Dengan muka berkilatnya, peluhnya, pendeknya...semualah...hakhakhak...

            Aku ketawa besar. Terasa nak tercabut usus dibuatnya..tak dapat nak membayangkan jika muka Zafar macam Muthu yang jual putu mayam..

            Tegak tetiba badan Zafar menghadapku. ’kau jangan cabar aku, Su kena kau nanti !. apa kau ingat kau cantik sangat ke ?.’   Ugut Zafar. Agaknya tercabar dengan kata-kata aku tadi. Air muka Zafar merah dibandingkan seteruk itu.

            ’apa kau terasa hati ke ? memang betul apa yang aku cakap. Tapi awas cik abang..., kalau kau cuba buat sesuatu aku akan report dekat Cikgu Khalid.’ Aku mencabarnya lagi. Kalau tadi aku duduk diam dikerusi tapi kini aku dah duduk sama rendah sama tinggi dengan Zafar.Ego lelaki itu perlu ditundukkan. Kalau tak memang aku yang akan selalu kena ’tembak’ sesuka hatinya.

            Air muka Zafar agak merah. Mulutnya bisu seketika.Tiba-tiba Zafar tertawa kecil. Lantas direnung aku dengan tajam. Aku membalasnya. Mencabarnya. ’apa kau tak malu nak jumpa Cikgu Khalid lepas kita kena..

            Pantas aku memotong..’ lantak kaulah, ikut suka hati kau nak cakap apa. Aku tak kisah dah. Letih tau tak ? hari-hari bergaduh dengan kau. Boleh tak dalam sehari jangan cari gaduh dengan aku ?’ aku mengalah lantas duduk di kerusi.

            Buku latihan homework add math aku selak dengan perasaan geram. Zafar di belakangku tidak berpuas hati. Belum sempat dia ke mejaku dengan lebih dekat, Aini memanggil namaku. Ah! Mujur Aini ada menyelamatkan keadaan.

            Tiba-tiba Zafar ketawa hebat meraikan kemenangannya kerana kekalahan aku. Aku yang sudah bengkak hati dan limpa ni menahan je amarah yang membara. Macam dah nak masak hati dengan limpa ni.. Sakitnya......


*******************************************************


            Di sekolah aku meminati seorang seniorku yang tingkatan lima aliran sains. Adam Suhaimi  Mohd Azri. Sehebat namanya, Suhaimi menjadi idolaku untuk terus berjaya dalam SPM tahun depan. Alangkah indahnya dunia andai dia memilihku. Adakalanya aku berfikir andai Zafar jodohku, agaknya sampai kiamatlah jawabnye aku tak kahwin-kahwin. Aku tersenyum sendirian.

            Entah macam mana diariku termasuk dalam beg sekolahku. Mesti kerja adikku yang bongsu, Najmi yang suka sangat bermain dengan buku-bukuku dalam almari.  Aku ceritakan pada Aini pada paginya. Aku simpan saja dalam beg kemas-kemas. Takut ada yang mengambilnya.

Selepas waktu rehat, aku mula menyedari kehilangan diari itu apabila melihat Zafar  dikerumuni oleh teman-temanku sedang membaca sesuatu sambil bergelak ketawa. Zafar yang menyedari kehadiranku mula melarikan diri sambil menunjuk-nunjuk diari itu kepadaku. Aku yang sememangnya tidak menyangka sejauh itu Zafar mampu menganiaya aku. Dalam diari itu ada luahan perasaanku pada Suhaimi. Zafar yang menjadi musuhku telah mengetahui rahsia yang ku simpan itu, sedangkan Aini, kawan rapatku sendiri tidak tahu perihal itu.

            Zafar mula mengejekku. Perasaan malu mula menempel di wajahku. Merah padam. ’eh...tak malu, orang tak nak kat dia. Kalau aku malulah..muka tak malu...’.suara Zafar yang cuba memalukan aku itu menyebabkan aliran darah dalam badanku cair. Panas. Dengan langkah yang panjang, aku mengejarnya dan dengan megahnya Zafar melarikan diri sambil mengoyak diari di depan mataku.

            ’kurang ajar punya budak !!’. Aku menjerit. Kerana tak tahan perasaan marah, aku kembali ke kelas dan pada Ainilah aku menangis. Semakin hari semakin mendalam perasaan benciku pada Zafar. Entah anak orang ke anak hantu. Anak jin!!!!!!

            Keesokannya, diari yang terkoyak itu berada dalam laci mejaku. Dengan perasaan geram aku terus membuangnya ke tong sampah. Aku berazam tidak akan membuat lagi diari. Jika Zafar datang ke sekolah hari ini, akan aku laporkan pada cikgu. Perasaan tenang dan gembira berbaur apabila mengetahui anak jin tu tidak hadir ke sekolah. Sebabnya, aku tak ambik kisah... ah! lantak dialah...

            Sudah sebulan peristiwa itu berlaku. Namun adakalanya Zafar seakan-akan cuba menarik perhatianku dengan menganggu ketika aku study, ketawa terbahak-bahak ketika mengata perihalan ku. Ah! Lantak dialah, yang penting tahun depan aku nak peksa SPM. Yang membanggakan aku merupakan salah seorang pelajar harapan cikgu dan sekolah  untuk peksa tahun depan. Alhamdulillah.. walau bagaimanapun aku tetap akan berusaha keras walaupun masih diganggu oleh anak jin itu.


*******************************************************


            ’Along, dah tiga kali budak lelaki telefon bertanyakan kamu. Rafar katanya. Kamu kenal ke dia?’. Mak memandangku dengan pandangan tajam. Mungkin mak marah kerana orang yang sama menelefon berulang kali tanpa sebab bertanyakan anak daranya.

            ’ mak, along tak kenal pun. Entah-entah orang salah nombor kot?’. Aku cuba menyedapkan hati mak yang nampak mula ingin berprangsaka.

            ’takkanlah salah nombor lagi kalau dah dua tiga kali telefon? Letih mak nak mengangkatnya’.

            ’senang-senang tak yalah angkat’. Ujarku selamba.

            ’bertuah punya anak. Pandainya menjawab. Dibuatnya ayah kamu yang telefon tak ke menyusahkan. Senang-senang kamu jelah yang jawab. Mak malas dah’. Kata mak sambil berlalu. Mulutnya masih mengomel. Entah apa butirnya aku tak dengar dah. Yang aku tahu mulut mak akan berhenti bila chef wan buka mulut dalam siaran ’Bersama Chef Wan’. Terus senyap. Menikus..huhu...

            Aku yang baru nak buka buku terbantut bila terdengar suara Aini. Aini tergedek-gedek masuk. Bagusnya kawannya itu, siap bawak makanan lagi. Kek lapis serawak kesukaanku. Sedap giler..sampai menjilat jari dibuatnya..

            ’nape tak telefon dulu, bolehlah aku buatkan kau kek ke, biskut ke?’lengan Aini aku paut mesra. Membawanya masuk ke bilikku.

            ’eleh..tanak nasi pun tentu masak. Terkial-kial. Ada hati nak buat keklah. Piiirah...’ Aini mengutukku. Aku tergelak. Tanpa menghiraukan omelan Aini, pantas tangannya ku tarik. Aini terjerit kecil.
           
            Ketika menaiki tangga, kami bertembung dengan ayahku, agak tergesa-gesa menuruni tangga. Agak kemas dengan berbaju t-shirt berkolar biru dan slack hitam.

            ’eh, bila masa ayah balik, along tak nampak pun tadi? Ayah baru sampai ke?’. Kemunculan ayahku yang tiba-tiba agak memeranjatkan. Entah masa mana dia pulang. Aku tak sedar pun.

’sekejap tadi, ni ayah ada hal penting sekarang. Ayah pergi dulu’. Tangan ayah aku salami. ’pak cik pergi dulu ya, Aini. Maaflah tak sempat nak berborak dengan kamu’. Aini hanya mengangguk laju. Pemergian ayahku ku hantar dengan iringan doa. Semoga dipanjangkan umurnya demi keluarga kami. Tetiba terasa syahdu.

’eh, jomlah kita naik, ayah kau dah lama pergi tu’. Kata-kata Aini mengejutkan aku. Dia ni...aku tersungging malu.

            ’Su, aku  nak tanya sikit boleh?’. Aku mengangguk.

            ’macam mana hubungan kau dengan Zafar? Aku tengok baik je seminggu dua ni. Kalau dulu, tak yah cakap perang dunia ketiga pun boleh meletus tau’. Air mukaku terasa berbahang dengan soalan Aini. Wajah musuhku jelas terbayang.

            ’anak jin tu? Jangan haraplah dia akan baik dengan aku. Sengaja nak buat darah aku naik. Boleh darah tinggi aku dibuatnya. Aku tak akan maafkan orang yang sengaja menganiaya aku’. Aku mengeraskan suara. Tanda kemarahanku belum reda sepenuhnya.

            ’tak baik tau berdendam. Nanti makan diri’.

            ’kau bukan tak tahu. Dia memang sengaja nak sakitkan hati aku. Hari-hari rasa nak cekik dia, kau tahu?’. Terjenggil mataku sambil tanganku mengayakan untuk mencekik dengan perasaan marah.

            Aini hanya ketawa. Tetapi sesaat cuma. Agak serius air mukanya. ‘manusia mana yang tak pernah buat salah, Su. Si Sofian yang selalu ganggu kau tu pun tak dalah kuat sangat marah kau. Dengan  si Zafar ni lain pulak?’. Perlak Aini. Aku terkedu. Ye ke?

            Takda jawapan untuk pertanyaan Aini. Aku hanya menjungkitkan bahu. Entahlah hatiku masih lagi keras jika ia berkaitan dengan Zafar. Segalanya tentang lelaki itu membuatkan aku rasa tak tentu. Sukar untuk ditafsirkan. Tengok je mukanya membuatkan aku meluat, teringat kembali peristiwa tangkap basah dengan Cikgu Khalid. Memalukan!!

            Tidak dilayan perasaan kalau berkaitan Zafar. Buat sakit hati je. Last-last Aini becok bercerita tentang pak we barunya. Katanya kenal dari facebook. Handsome. Budak Perlis katanya. Aku berseloroh ’hai, jauhnya mak kau nanti nak gi hantar kau. Dahlah orang tua tu cepat mabuk..hai,kesiannya....’aku melangut sambil tersengih.

            ’kau ni Su, tak de benda lain ke nak fikir, aku baru kenal dia. Kau tak cari kawan ke dalam facebook ke, friendster ke?’ ujar Aini.

            ’tak layan aku benda-benda macam tu. Kau bolehlah..aku ni tak seberapa aktif sangat. Ni ha..baru aku teringat ada seorang mamat ni dia selalu telefon. Tapi mujurlah mak aku yang selalu angkat. Katanya nak bercakap dengan aku, tapi mak aku tak bagi. Entah sapa-sapa.’aku memberitahu Aini.

            ’kawan kita ke?’

            ’tak tahulah, mak aku kata namanya Rafar, kau kenal ke?’

            Aini berfikir panjang. Berkerut mukanya. Aku menunggu dengan penuh sabar. Berdebar pun ada. ’aha!’. Aini pantas berdiri.

            ’sapa Aini,sapa?’ pantas aku menerkam ke arahnya.

            ’sorry, aku tak kenal mamat tu pun’. Aini dengan muka tempoyaknya mengoyangkan jari telunjuk ke mukaku. Terbahak-bahak dia ketawa. Aku pantas mengeleteknya. Aini apa lagi terjerit-jerit sakanlah. Bagus betul dia kenakan aku. Padan muka. Aku punya action nak tahu sapa mamat tu, alih-alih si minah ni buat lawak yang seberapa lawak. Geram betul !!


******************************************************
           

            Kami sekelas berduyug-duyung menuruni tangga pejabat. Aku berkepit dengan Maria. Budak-budak lelaki dah lesap ke hadapan. Laju betul. Tak tercapai nak kami yang perempuan ni nak kejor...huhu..

            ’leceh betullah, sikit-sikit pergi makmal...makmal...makmal...makmal...naik lenguh kaki aku ni naik turun tangga. Dahlah bulan puasa. Cikgu pun macam tak faham-faham gak’. Zurina merungut. Aku dan Maria hanya memandang sambil tersengih. Nampak gigi arnab. Cepat-cepat aku tutup mulut, takut tersembul kang..hehe...

            Fahmie selaku ketua kelas dengan machonya memberi salam kepada Cikgu Hayati sambil diikuti oleh kami. Belum habis membaca doa, handset cikgu berbunyi. Selepas seketika, cikgu terus menuju ke arah pejabat selepas berpesan agar kami membuat kerja sendiri.

            ’siapkan dulu kerja yang saya beri semalam. Lepas ni saya nak tengok’. Ujar guru berusia awal 30-an itu. Bebudak ni apa lagi, terloncat-loncat bila diberi lampu hijau. Seronok tak payah belajar untuk seketika.

            Aku tak kisah sangat, happy pun ada, kecewa pun ada. Yalah subjek kimia adalah kesukaanku. Rugi pulak kalau masa terbuang. Kalau boleh tak nak lepas seminit pun, tapi apakan daya, cikgu ada hal.

Tidak dihiraukan kebingitan yang boleh memecahkan gegendang telinga yang mendengarnya, aku pantas mencari kerusi lalu mencari meja kosong. Ku lihat hanya meja  ditengah sahaja yang kosong. Itupun tepi sekali. Tepi meja budak lelaki! Ish!!

            ’mai sinilah, Su kosong ni’ Riani melambaikan tangannya. Pantas ku bawa kerusi ke hadapan. ’thanks....’ . Buku kimia dikelek. Aku tersenyum namun mati bila...

            ’Su!!!’

            ’Ya, Allah....sakitnya..’. terasa berpinar mataku. Berbalam. Kelas tiba-tiba senyap sunyi apabila mendengar satu suara yang kuat bertempik. Tak lama kemudian terdengar suara pelajar lelaki yang bergema ketawa.

            ’Su, Zafar....’. satu suara memberitahuku si pembuat kerja gila ni. Aku yang terasa teramat malu dan marah, pantas bangun mengejar Zafar. Tidak dihiraukan tegahan Aini. Tapi sekerat jalan cuma, kerana takut orang lain terperasan. Malu!! Aku kembali semula ke makmal. Linangan air mata tak usah cakap, berterabur tengah jalan.

            Aku pantas masuk melalui pintu belakang, dan cuba menguncinya bagi mengelak anak JIN itu masuk. Namun darahku semakin mendidih dan terasa serbu melihat dengan selambanya anak JIN itu masuk melalui pintu hadapan. Terasa nak tercabut jantungku waktu itu.

            Aku cepat-cepat kembali ke kerusiku. Terasa serbu dadaku. Aku menangis teresak-esak sambil menyembankan mukaku ke meja. Pedih masih terasa. Riuh rendah kekawanku memarahi anak JIN itu. Namun satu suara yang ku sempat tangkap.

’kau jangan kurang ajar, Zafar ! Mentang-mentang  Suraya tak report kat Cikgu Khalid pasal perangai kau, makin berani kau aniaya dia, dasar budak bengong!’. Dada Aini berombak kencang menahan amarah. Zafar pula hanya menikus dan riak bersalah muncul diwajahnya, tapi cuba disembunyikan dengan tersengi-sengih. Aini cuba memujukku. Namun aku rasa disaat itu terasa ingin kubunuh saja Zafar. Entah apa salahnya, tak sangka sejauh itu Zafar berdendam dengannya.


*******************************************************


Selepas peristiwa itu, aku terus demam. Tak ke sekolah tiga hari. Mc. Ada jugak seorang dua teman yang melawatku. Aini sentiasa menemani aku. Nota-nota yang cikgu beri pun Aini tolong salinkan untuk aku.           

’sapa yang bagi ni, Aini ?’. Surat bersampul biru aku belek. Isinya belum aku buka. Dahiku berkerut. Tak pernah sebelum ini aku menerima apa-apa surat. So, kira first timelah ni. Aini yang memberinya padaku pada satu petang sewaktu lepas solat asar.

Aku menelentang di atas katil. Aini di kerusi studyku. ’entahlah, ada budak yang bagi kat aku tadi. Katanya bagi dekat kau. Aku adalah risik-risik sapa yang bagi, budak tu tak nak bagitau..’. ujar Aini sambil terbatuk-batuk kecil. Nak sindir akulah tu. Pantas aku dapat menangkap maksud disebalik kata-kata Aini.

’dah mulalah tu..tersengih-sengih. Surat dari peminatlah katakan..

’biasalah kan....takkan nak nangis kot..’. Aini mencubitku. Aku mengaduh. Berbisa betul jari runcing temannya itu. Kemudian kami menikmati kek coklat yang dibuat oleh ibuku. Macam- macam cerita Aini bawakan sepanjang aku tidak ke sekolah. Cikgu Azizah, cikgu BM kami cuti bersalin. Manakala cikgu Padhil cuti anak dia sakit. Macam-macam hal dah berlaku sepanjang ’peninggalan’ aku tiga hari itu.

Selepas Aini pulang, aku mula membaca surat misteri tadi. Tanpa alamat dan nama pengirim, aku membaca. Tidak dihiraukan siapa yang mengirimkannya. Berkerut-kerut dahiku sewaktu membacanya.



 Assalamualaikum..
Buat suraya,
Bersabarlah dalam menghadapi segalanya.
Mungkin ini ujian untuk awak. Sabar ek..
Walaupun awak tak mengenali saya,
Tak usah bimbang saya kenal awak,
Tak usahlah awak mengetahui siapa saya di hati awak..
Sebagai insan yang mengenalimu,
Maafkanlah insan yang telah menyakitimu
Mungkin tiada kesengajaan yang dilakukan.
Tiada insan sesempurna Nabi Kita
Yang sebaik Rasulullah...
Maafkanlah...
                                                                                                                                                                                                                           S’qizah J
                                                                                                           
S’qizah? Siapa dia ni? Aku kenal ke?. Aku mimpi ke ni?.. Pelik tapi betul. Siapa sebenarnya S’qizah. Macam nama perempuan aje. Nak kata aku gaduh dengan budak perempuan takdalah pulak. Kalau dengan anak jin tu adalah. Tapi tak mungkinlah dia yang hantar. Kan Zafar benci aku.

Mungkin ada orang salah hantar kot. Tapi aku rasa ragu gak. Dibaca semula surat itu. Memang terpampang nama ku. Suraya!

Aku pening. Bab-bab congak-mencongak ni aku lembab sikit. Tak ingat siapa teman yang namanya S’qizah. Aku hampa. Tak ada!, tapi sapa ye? Akhirnya aku terlelap. Mengantuk!


*******************************************************
           

Aku kembali semula ke sekolah. Walaupun masih ada sisa-sisa malu pada teman-teman, aku gagahkan jua kakiku melangkah ke kelas. Aku merasa lega kerana anak Jin itu belum lagi sampai ke kelas.

Aku menyanyi-nyanyi kecil. Entah irama apa, aku nyanyi je. Penyapu di tangan aku hanyun perlahan. Hari ini giliranku membersihkan kelas. Nazima membantuku memegang penyodok. Terlaku leka membuat kerja, tanpa sedar aku tersapu kasut kulit hitam seseorang.

Pantas aku memandang si punya kasut.’opocot mak engkau mati jatuh tergolek’. Aku melatah. Penyapu di tanganku melayang entah ke mana. Aku terpaku. Tanpa sedar dadaku berdebar. Kuat. Terasa ada aura di sekelilingku. Tapi tak tau aura apa.

            Tanpa dihiraukan Zafar yang tercegat disisiku, aku menyambung semula tugasku yang terkena ’aura' yang aku sendiri tak tahu. Dengan tergesa-gesa juga aku menyiapkan kerjaku. Rasa serba tak kena bila berhadapan dengannya. Tanpa sepatah kata, Zafar berlalu. Tak seperti selalu ada sahaja yang ingin dibangkitkan untuk menaikkan darjah darah tinggiku. Mungkin rasa bersalah padaku. Ah! tak mungkin. Mana mungkin lelaki ego itu nak mengaku salahnya.

            Perlantikannya sebagai pengawas semakin membuatkannya bongkak denganku. Berlagak. Selalu nak mengenakan aku. Ada saja salahku di matanya. Tak kuhiraukan sangat. Buat lembu kenyang je. Tapi sejak dua menjak ini tak da lagi kata-kata sinisnya. Agaknya dah letih kot. Kan aku tak layan dia. Tapi aku rasa satu perasaan yang agak ganjil. Rasa....entahlah tak tau nak cakap pe....

            ’Cikgu dah datang!’. Laung Syamil manja. Itulah kerjanya. Tukang pemberita. Aku pun rasa nak ketawa melihatnya. Terlenggok-lenggok macam perempuan. Time dia gelak pun gelak-gelak manja...control-control ayu je..hehe....

            Tak lama kemudian, Cikgu Zahira datang dengan kertas-kertas jawapan ujian kami. Biasalah aku tak sabar kalu bab –bab macam ni. Teruja. Yang pastinya aku mendapat markah yang agak baik  untuk pelajaran add math. Bolehlah B. Itupun hampir-hampir nak jatuh pada C. Tapi oklah. Inipun yang terbaik yang pernah aku dapat. Aku mengerling pada Zafar. Aku lihat dia tertunduk sewaktu menyambut kertas jawapan. Air mukanya juga agak keruh. Ah! Kesian dia...

            ’jomlah balik. Tak nak balik ke?’. Aini mengejutkan aku. Aku terpinga-pinga. Kepalaku kupusingkan beberapa kali. Sah! Tak da orang lain dah. Cuma aku dengan Aini je. Masyaallah! Lamanya aku mengelamun. Tak sedar cikgu keluar tadi. Bergegas aku berkemas.

            ’itulah padahnya, mengelamun. Kau ingat Zafar ke? Ini  berita baik!’. Aini menepuk bahuku. Dia tersengih

’jangan mengarut. Tak dalah. Aku kesian tengok dia tadi. Senyap je tengok result dia’. Ujarku.

’so, kau dah maafkanlah dia, ya?’. Aini menghalang perjalananku. Hampir aku nak melanggar dia. Budak ni!.

Tiba-tiba aku teringat balik apa yang Zafar lakukan. Terasa naik darahku. Sakit di punggung masih terasa sewaktu aku jatuh di makmal dulu. Perasaan malu masih tebal menepel di wajahku. Zafar tak pernah meminta maaf. Tapi sejak hari itu aku sedar semakin kurang usikannya padaku.

Semasa rehat tadi pun Zafar tak kelihatan. Ah! Pedulikan! bukanya laki aku! Aku mengomel. Sendirian.

’tak, Aini. Tak mudah bagi aku nak maafkan dia. Lainlah kalau dia mintak maaf. Sakit hati ni tak da siapa tahu. Aku tak tahu apa salah aku sampai sanggup dia buat macam tu kat aku...aku....aku..tak tahu Aini..’ ujarku perlahan. Sakit masih tersisa. Pantas Aini memelukku. Aku menangis dibahunya. Sekejap cuma. Tak nak menampakkan aku ni lemah sangat.

’jomlah, balik. Nanti tertinggal pulak bas’. Sisa mutiara yang termahalku kusapu cepat-cepat. Aku menarik tangan Aini. Dia agak tercegang melihatku. Mungkin dia tak sangka sebegitu cepat aku memulihkan perasaan. Aini mengikut langkahku tanpa banyak soal.

Kami mula keluar dari pagar sekolah. Riang betul hatiku kerana seharian aku dapat menumpukan perhatian pada pembelajaran tanpa gangguan dari anak Jin tue. Agak ramai juga yang menunggu bas. Mataku melilau.

Di selekoh, Aini dan aku ingin melintas, air batu campur Mak Esah membangkitkan seleraku.’ Kau pergi dulu, aku nak ikat tali kasut ni. Kau tolong pesan untuk aku sekali ye...tercabut pulak dia ni,’ getus Aini sambil membongkok. Aku mendengus.

            ’ok tapi kau belanja ye..’ujarku. Kakiku mula melangkah tanpa melihat sekeliling. Tiba-tiba aku terasa...’Su, lari !!!..bahaya....’suara deras bergema di telingaku  dan tetiba badanku tertolak ganas ke tepi. Aku terjatuh. Dalam kelam kabut itu, aku terdengar bunyi detuman yang kuat hampir dengan telingaku. Dalam kekaburan mata kerana termasuk habuk, aku melihat tubuh seseorang betul-betul terlentang berlumuran darah tidak jauh dari tempatku jatuh tadi. ZAFAR !!!

            ’Ya, Allah... Zafar’. Aku benar-benar tak keruan. Luka di lengan terkena kayu tadi tak terasa lagi. Makin laju air mataku sewaktu Zafar aku pangku. Darah begitu banyak di lengan dan kakinya.

            ’Su... ’. Ujar Zafar perlahan.  Aku mengangguk. Zafar tersenyum nipis. Perlahan matanya tertutup. Rapat. Aku mengelabah.

            ’ya, Allah...tolong.....!!!’. Aku melaung. Orang ramai mula mengerumi kami. Aini pantas menelefon ambulans dan polis. Kemudian, Aini menghampiriku dan Zafar. Cuba menenangkan aku. Lima minit kemudian, ambulans tiba dan aku serta Aini mengikuti Zafar ke hospital. Memandangkan aku juga mengalami kecederaan, aku terpaksa jua mendapatkan rawatan.

            ’maafkan aku Suraya, kereta yang melanggar Zafar tak dapat dikesan lagi buat masa ni. Polis berjanji akan sedaya upaya mencari penjenayah itu. Kau jangan bimbang ye..’ pujuk Aini. Aku mengangguk. Dari jauh aku melihat keadaan Zafar. Kata doktor yang merawatnya, keadaan Zafar agak teruk. Lengan Zafar tercedera dan perlu mengambil isi pahanya untuk ditampal pada yang tercedera.Tulang kakinya kanannya retak dan aku merasa lega kerana keretakan itu tidak terlalu serius. Mujurlah kaki Zafar tidak dipotong. Pasti aku akan merasa sesal seumur hidup.

            ’jomlah, Su sekali ni je ye..’. Aini memujukku. Aku menggeleng. Sepanjang Zafar di hospital, aku tidak pernah sekali pun melawatnya kecuali pada hari ketiga Zafar di hospital. Itupun ketika aku datang, Zafar sedang tidur. Pada Aini pun aku tak ceritakan. Bukan aku tak ingin melawatnya tetapi perasaan segan  masih ada. Aku juga merasa mungkin Zafar tidak ingin aku melawatnya kerana permusuhan kami dulu. Oleh itu, aku hanya memandangnya dari jauh sahaja. Kawan-kawan dan guruku ramai yang pergi melawatnya. Aini pernah memujukku tapi aku tetap dengan pendirianku. Adakalanya aku terfikir juga mengapa Zafar sanggup menyelamatkan aku sedangkan bukankah dia membenciku sejak kali pertama kami bertemu. Namun persoalan itu membuatkan aku pening. Akhirnya aku membiarkan sahaja ia terawang-awang tanpa jawapan kerna jawapannya hanyalah pada Zafar seorang sahaja.

Sebulan selepas kemalangan itu, kami sekelas mendapat berita yang tak disangka. Segalanya terasa baru berkenalan dengan Zafar. Kini dia dah meninggalkan kami. Tak disangka dalam masa yang tak sampai setahun dia bersama kami, Zafar pergi. Akulah insan yang paling terasa. Kerna akulah punca dia ditimpa kemalangan.


*******************************************************


9 tahun kemudian....,

            Dari kejauhan aku melihat atap bewarna merah.aku tersenyum. Dipercepatkan langkahku. Dari kejauhan terlihat dua objek yang aku sayangi sedang menunggu di beranda. Aku bergegas menaiki tangga rumah. ’ mak, ayah, Along dapat..Along dapat!!’. Aku melompat-lompat keriangan. Mak ayah yang berehat di beranda rumah terkejut.

‘kenapa ni ? Along dapat apa?’. Mak pantas menghampiriku. Ayah pula tenang di kerusi. ‘along dapat mak..along dapat masuk ‘u’ di UK. Bulan depan daftar. Ayah tengok yah, tengok ni, along dapat..’diajukan surat yang baru ku print dari internet tadi. Mak sudah memelukku. Erat.

’alhamdulillah, long....Sampai jugak hajat ayah nak tengok kamu sambung belajar. Minggu depan kita buat majlis doa kesyukuran ye, maknya?’. Mak pantas mengangguk. Air matanya masih bersisa. Bersyukur kerana anaknya itu diterima untuk melanjutkan pelajaran.

Alhamdulillah...bulan depan aku akan flight ke UK untuk menyambung pelajaranku ke peringkat master dalam jurusan undang-undang. Akhirnya tercapai jua cita-citaku ingin ke UK. Ambik master plak tu..eee.....seronoknya. Khabar gembira itu aku khabarkan pada Aini. Aini yang bekerja di bank negara juga turut terkejut dan tumpang gembira di atas kejayaanku itu. Disebalik kegembiraan itu, aku tetap terasa kesal dengan kehilangan Zafar. Mungkin kalau dia tidak menyelamatkan aku dulu, mungkin dia boleh bersama kami. Tapi rasa kesal itu aku tak luahkan pada sesiapa. Biarkanlah ia menjadi kenanganku sahaja.


*******************************************************


Musim sejuk menjelma lagi. Maknanya dah empat tahun aku di sini. Kalau dah empat tahun maknanya juga usiaku semakin meningkat. Namun teman istimewa bagaikan tak pernah hadir selama empat tahun aku menetap di sini. Entahlah terasa ada yang tak lengkap dan tak de feeling nak bercinta walaupun ramai cuba menyelami kasih yang tak berdasar ini. Entahlah….bukannya aku nie jenis anti-lelaki tapi belum jumpa mr. right lagi. Mak ayah kat kampung pun dah bising. Kalau dulu bising nak suruh masuk universiti,  sekarang sibuk bertanya  ” bila ni su tak ada orang bertanya lagi ke”. Nak bermenantu plak mak abah aku ni....aku pun pening. Takkan nak tenyeh muka dekat paper agensi cari jodoh kot...malu weh.. last – last aku tawakal saja kepada Allah..kalau Allah kata ada..insyaallah kahwinlah aku..kalau tak ada..eerrmm..alamatnya tunggulah dipintu syurga...

Kalau tiada kuliah, pada waktu petang-petang begini aku akan bersiar-siar di sekeliling kota. Sambil menikmati keindahan ciptaan manusia, aku menikmati aiskrim coklat kesukaanku bersama Alice, teman sekampusku yang juga merangkap teman serumahku. Aku memang bernasib baik kerana Alice ialah seorang Islam yang datang dari Jerman. Kami berkenalan sewaktu hari pendaftaran masuk dan tidak disangka-sangka kami bertemu lagi dengan keadaan Alice akan serumah denganku.

Namun sepanjang aku di bumi bermusim ini, aku terasa ada sesorang yang memerhatikan aku. Setiap kali aku berpaling mencari gerangan misteri itu, tapi sekejap je hilang. Tiada. Cuma mat saleh bermata biru yang melekat di mataku. Ah! Mungkin perasaanku saja kot? betul tak? Entahlah..biarkanlah..

Pada suatu petang di musim bunga, aku duduk di bangku di sebuah taman. Taman itu begitu indah sekali. Bunga-bunga semakin berkembang, kumbang-kumbang berterbangan mencari madu. Berwarna-warni sekali. Aku terleka.

Tiba-tiba ketenangan yang mula menyelinap tergugat apabila ada seorang kanak-kanak lelaki comel datang menghampiriku dengan sekeping surat di tangannya. Berbentuk hati dan isi suratnya sama dengan isi surat yang pernah aku terima sembilan tahun yang lalu. Aku keliru. Siapakah si pengirim yang menghantarnya. Aku betul-betul tension. Takkanlah si pengirim ini halimunan atau guna bomoh sampaikan aku di UK ni pun si pengirim surat tue boleh hantar surat kepadaku.

’assalamualaikum Nur Suraya Natasya Binti Hamidi...’. satu suara mengejutkan aku dari lamunan. Aku tercari-cari si pemilik suara. Rupa-rupanya suara seorang lelaki kacak berpakaian segak, berkumis nipis dan berkaca mata hitam yang menegurku tadi. Lelaki itu tersenyum padaku. Tanpa dipelawa dia melabuhkan punggungnya di sisiku. Bagaikan terkena renjatan elektrik pantas aku mengesot sedikit. Aku masih anak dara dari Timur tau!

Aku cuba mengecam mukanya. Tapi tak tau sapa. ’awak ni sapa? awak kenal saya ke?’. Aku yang agak takut kehadiran lelaki ini mula besuara. Mana dia tahu nama aku yea? Dengan gentlemannya, lelaki di tepiku ini dengan perlahan menanggalkan kaca matanya perlahan lalu berpaling menghadapku. Jantungku terasa terhenti  tiba-tiba.. rasa-rasanya pernah dilihat wajah itu tapi di mana ya?

Lelaki itu tersenyum. Manis sekali. Aku memuji dalam hati. Ish... apa kena aku ni. Bukannya aku kenal mamat ni.

’saya Mohd Zafar Haziq Sulaiman. Awak tak kenal saya lagi ke?’. Aku yang ralit merenung wajahnya pantas berubah air mukaku. Rona merah mewarnai wajahku di saat itu. Rasa terkejut dengan kehadiran surat misteri pun belum hilang. Ditambah pula pengakuan mengejut itu membuatkan aku pantas menjerit. Lelaki yang mengaku sebagai Mohd Zafar tadi pantas menekup mulutku daripada terus menjerit. Aku kelemasan. Tercungap- cungap aku dibuatnya. Lelaki itu meminta maaf. Selepas agak tenang, aku mengamati semula wajah lelaki itu dan cuba mengimbas kembali raut wajah Zafar ketika tingkatan empat dulu. Cuba membandingkan dengan yang ini.

            'betul ke awak ni Mohd Zafar, yang sekelas dengan saya dulu?’. Aku mula curiga. Agaknya orang ni orang jahat kot? Ke dia nak culik aku? aku mula berprangsaka. Nampak lain je..Kalau Zafar, anak jin tu, takkanlah kot?. Aku mencongak-congak dalam kepala.

            ’awak tak ingat?’. Ujar lelaki itu. Aku menggeleng. Lelaki itu mengeluh.

            ’saya tak tahu. Awak lain. Zafar lain’. Aku tidak berani komen banyak sangat. Takut lelaki itu berkecil hati.

’betullah, kalau awak tak percaya cakap saya, cuba tengok parut ni. Kalau awak masih ingat saya yang tolak awak dari kena langgar dek kereta tu masa kita di tingkatan empat’. Lelaki itu menunjukkan parut di lengan dan kakinya. Bukti dia adalah Mohd Zafar yang sebenarnya.

’jadi betullah awak ni Mohd Zafar?’. Aku meminta kepastian sekali lagi darinya. Pantas dia mengangguk. Aku lega. Ingatkan penyagak tadi.

’kan kita kena tangkap basah di blok bangunan dek cikgu disiplin. Awak ingat lagi?’. Zafar cuba mengimbau kembali kenangan antara kami. Mana aku tak ingat itulah kenangan yang paling tragis dalam hidupku sewaktu bergelar seorang pelajar. Jadi benarlah lelaki ini Zafar, anak jin gelaran yang ku berikan padanya. Orang yang menjadi musuh utamaku dan merupakan hero yang telah menyelamatkan aku dulu. Aku bungkam seketika. Tak percaya. Keadaan bungkam dan sepi menguasai suasana. Bagaikan alam tiada penghuninya. Sepi.

’Su, awak masih ingat tak lagi waktu saya membaca dan mengoyak diari awak dulu?’. Zafar memandangku setelah seketika ruangaan sepi membelenggu keadaan. Aku mengangguk. Terbayang larianku mengejarnya. Aku tersenyum.

’waktu itu sayalah yang paling awak benci, betul tak?’. Aku hanya terdiam. Tak tahu nak angguk atau geleng. Zafar menyambung kata.’kalau boleh saya nak putar semula waktu itu. Nak baiki semula dari hari pertama kita jumpa. Dan jika masa mampu diputarkan saya ingin jadi orang yang paling awak suka, bukannya Suhaimi’. Lidahku kelu mendengar luahannya. Nada suara Zafar sudah berentak rap. Bukan lagi irama balada seperti tadi. Lain macam jea suaranya. Naik seram bulu roma aku dibuatnya.

Aku terdengar keluhannya.’ Saya menyesal kerana membuat awak begitu tetapi saya tak ada cara lain lagi nak menarik perhatian awak selepas kita bertengkar di tepi blok bangunan tu’. Air mukaku berubah. Zafar tak perasaan itu. Dia menyambung lagi. ’sebenarnya saya dah suka kat awak sehari sebelum first time awak jumpa saya’. Ujarnya perlahan sekali.

Aku terkejut. Terhenti degupan jantungku seketika. Benarkah? ’apa maksud awak sehari sebelum kita accident, saya tak faham?’. Aku cuba berlagak profesional sedangkan jantungku bagaikan dah tak reti nak slow macam biasa dah. Tapi aku agak terkeliru dengan kenyataan Zafar.

Zafar tersenyum lagi padaku.’sebenarnya pada hari Isnin saya dah datang ke sekolah untuk mendaftar. Selepas aje selesai mendaftar, ayah telefon saya beritahu nenek saya sakit tenat. Saya pun bergegas keluar dan...’Zafar terbatuk kecil. Aku merengus. Tak sabar nak mendengar cerita seterusnya.

’boleh sabar tak? sindir Zafar. Nak cuba mengalik perhatian akulah tu. Hatiku berdetik. Jahatkan?

’jangan nak ngada-ngada. Cepat cerita. Apa jadi lepas tu?’. Ujarku agak marah. Kubetulkan posisi dudukku biar agak selesa.

’yelah..yelah..’dia berdehem beberapa kali. Tak sabar langsung!

’cepatlah...’aku mula bosan dengan perangainya. Mengada-gada.

            ’saya terus suka awak sewaktu kita bertembung di muka pintu pejabat. Tapi awak tak perasan saya. Puas hati?’. Kata-kata Zafar itu membuatkan mulutku terlopong. Sebegitu mudahkah untuk suka kat orang?. Aku rasa nak tergelak. Aku cuba tahan namun tak dapat nak tahan dah... Akhirnya terburai jugak. Rasa lucu. Cinta monyet je tu... zafar...zafar....aku mengeleng beberapa kali.

            Janganlah gelak...!’. Zafar memarahiku. Malu-malu..Aku tak tahan mendengar ceritanya. Macam dongeng Cinderella. Terus jatuh suka bila first time bertemu. Tapi aku tak tinggalkan kasut aku ok...macam cinderella yang tertinggal kasut.

            ’tapi tak sangka kita akan bertemu semula dengan keadaan saya melanggar awak dan terlepas cakap dan memarahi awak. Masa saya marah tu, saya tak perasan awaklah yang saya suka dan yang bertembung di pejabat hari Isnin tu’. Zafar melepaskan keluhan namun matanya masih pada mataku. Mulutku bagaikan terhenti. Terasa lain benar kenyataan Zafar. Aku naik seram. Seram sejuk...

            ’selepas aje saya dengar suara awak pun marah  kat saya, barulah saya sedar akan hal itu. Kerana ego dan kelancangan mulut saya, kita bermusuhan’. Dikepal kedua-dua  tangannya perlahan. Tanda kekesalan yang terasa di saat itu. Aku juga turut kesal.

            ’tapi, mengapa awak tak minta maaf pun. Saya tunggu awak datang dan saya akan maafkan awak kalau awak mengaku’. Aku memandangnya. Zafar membalas.

’ Awak tahukan ego lelaki melebihi segalanya.’

            ‘o...habis tu sekarang dah habislah ego awak? Mengaku dengan saya hari ini tentang kesalahan awak dulu’. Aku menempeleknya. Sinis. Aku ingatkan Zafar akan memarahiku tapi sebaliknya yang berlaku. Zafar tergelak kecil.

            ’takdalah. Ego tu masih ada tapi terpaksa diketepikan kerana ia melibatkan hati  dan masa depan saya’. Kata Zafar perlahan. Bergetar hatiku sewaktu renungan matanya lembut bertembung pandang dengan sepasang mataku untuk kesekelian kalinya. Namun ia berlainan sekali. Tak seperti tadi. Terasa menikam.

            ’dan pasal di makmal tu. Saya mohon beribu ampun. Saya tak sengaja. Tak sangka gurauan saya akan membawa kemalangan pada awak. Tak sangka awak akan jatuh, saya ingatkan awak sedar. Kalau saya tahu akan terjadi benda tu tak mungkin saya akan buat. Saya benar-benar rasa bersalah pada awak, Su..maafkan saya..saya...saya rasa berdosa pada awak’. Terasa ada air mata yang bergenang di kelopak mata Zafar. Aku tergamam. Benarkah dia menangis kerana ku?

            Nafas ku tarik perlahan. Kekesalan Zafar adalah pengubat sakitku selama ini. Aku terima keinsafannya itu.’ Sudahlah...yang lepas tak usah dikenang...saya dah lama maafkan awak sewaktu awak menyelamatkan saya dulu. Saya berterima kasih pada awak. Kalau tak kerana awak, tak mungkin saya akan berada di sini. Terima kasih..’. Benar tulus sekali kemaafan yang kuberikan padanya. Budinya tak mampu ku balas.

            ’jangan Su, jangan berterima kasih... kasih awak terlalu mahal buat saya. Semakin buat saya rasa berdosa pada awak’. Zafar menegah. Aku mengeleng sambil bibirku menguntum senyuman padanya. ’tak apa, keinsafan awak adalah sudah memandai buat saya. Saya yakin awak dah tinggalkan perangai awak yang dulu. Dan saya yakin awak dah baik sekarang, kan?. Aku tersenyum lagi. Zafar terkesima.

            ’maafkan saya, Su..saya menyesal..’. Muka yang serabai diraup. Tanda kekesalan bermukim mula berterbangan meninggalkan hati yang sekian lama terperuk dengan kekesalan.

            ’tak apa...sudahlah tu, buruk tengok dek orang...’ aku membuat lawak. Cuba menceriakan keadaan yang terasa serbu dan dingin dengan penyesalan yang tak sudah.

            Zafar bangkit. Aku masih dibangku. Agak lama Zafar berdiri membelakangiku. Sepi lagi suasana. Mungkin Zafar memerlukan oksigen yang lebih untuk terus berbicara denganku. Atau memerlukan pemandangan yang hijau sebelum berhadapan denganku kembali.

            ’kalau awak dah maaafkan saya, kenapa awak tak melawat saya di hospital dulu. Saya berharap sangat kalau awak datang tetapi hampa’. Zafar tidak berpaling ke arahku. Nada suaranya kedengaran sayu.

            Pantas aku membantah. ’siapa kata saya tak pernah pergi tengok awak ? hari tue saya pernah datang sekali tapi awak tidur. Pastu saya terfikir mungkin awak tak sudi terima kedatangan saya. Jadi saya melihat dari jauh je’. Dengan sekali nafas aku melafazkan ayat. Semput dibuatnya.

            Tak ku sangka, Zafar pantas menghampiriku. Dia mencangkung menghadapku. ’ betul ke Su?’. Pantas aku mengangguk. ’Dulu saya sangka awak tak datang kerana awak benci dengan saya’. Zafar meraup sekali lagi wajahnya sambil mendengus kecil. Mengapalah salah faham sering terjadi antara mereka. Dia sendiri tak mengerti.

            ’itulah kerana ego dan prangsaka, kita berdua bermusuhan. Saling syak  wasangka antara satu sama lain’. Aku memandangnya dengan rasa yang kesal yang membuak di dada.

            Ehm...

            ’cuma satu saya tak jelas tentang awak. Kenapa tukar sekolah selepas keluar dari hospital? Awak merajuk dengan saya ke?’. Soalku.

            Zafar kembali duduk di sisiku. Aku mengesot sedikit. Memberinya ruang. ’kebetulan semasa saya di hospital, nenek saya meninggal. Ayah dan mak saya berkeputusan untuk pindah semula ke Melaka selepas saya keluar dari hospital. Keadaan hubungan kita yang renggang dan awak yang membenci saya menyebabkan saya terus setuju untuk pulang ke Melaka. ’cerita Zafar terhenti seketika. Terdiam. Setelah agak lama mendiamkan diri dia menyambung semula. ’Di Melaka, saya masih mengingati awak dan walaupun ramai yang cuba memikat saya, tapi saya merasakan ada kekosongan di hati walaupun ramai yang cuba menakluknya. Saya rasa awaklah yang paling sesuai dan serasi dengan jiwa saya. Yang berjaya menakluk hati saya sejak awal lagi’. Aku tertunduk malu. Rona wajahku di saat itu jelas pada pandangan Zafar.

            Untuk tak nampak sangat kekalutanku aku pantas menjawab.’tapi saya tak sukakan awak. Saya dah ada Sofian, tunang saya di Malaysia. Awak ingat lagikan Sofian?’. Aku cuba menjelaskan kedudukan sebenarnya.

            Zafar tertawa kecil sambil matanya tajam merenung ke arahku. Macamlah muka aku ni macam badut yang tak cukup make up..ee.......geram betul !!

            ’tak usahlah awak nak berdalih dengan saya. Rahsia awak dalam poket saya k. Segala tentang hidup awak telah Aini ceritakan. Sofian dah berderet anak dia. Takkan awak nak rampas suami orang? Yang depan awak, yang kacak lagi solo ni tak nak ke?’ Zafar berseloroh denganku. Merah mukaku dibuatnya. Jahat ! jaga kau Aini. Aku kerjakan kau. Aku mengetap bibir. Marah betul aku pada dia.

            ’oh...jadi you all berkomplotlah nak kenakan saya, ya?’. Ujarku. Tak puas hati. Sampai hati dia orang kenakan aku.

            ’tak adalah. Tak usahlah awak marahkan Aini. Saya yang paksa dia selepas saya tahu Aini adalah adik sesusu dengan saya. Saya pun apa lagi koreklah rahsia awak’. Zafar tersenyum lagi padaku. Menampakkan barsan giginya yang tersusun cantik. Berpinar mataku seketika. Kacaknya. Cepat-cepat aku melarikan mataku pandanganku bertembung dengan matanya. Zafar ketawa besar. Bocor sudah rahsiaku... malu ye...

            ’ tapi saya tak pernah sukakan awak sejak dulu lagi. Saya..

            ’betul ke? Tak da sikit pun..’. Zafar cuba memaksaku. Aku perlahan-lahan mengeleng.

            ’awak sukalah kat saya’. zafar  cuba memujukku.
           
            ’tak nak!’.

            ’sukalah...’    

            ’tak nak!’

            ’sukalah...’    

            ’tak nak!’

            ’sukalah..nanti saya bagi coklat tau..

            ’apa awak ingat saya ni budak kecik ke?  Saya tak nak suka awak’. Aku mendengus kecil. Menghentak kaki beberapa kali. Marahlah katakan..

            Okey,okey kalau awak tak suka kat saya, kita sambung bertekak esok pulak ye, okey tak?’. Pantas di tunjukkan ibu jarinya ke mukaku. Tanda bagus. Zafar sekali lagi ketawa besar melihatku yang merajuk. Memuncung macam budak-budak tak dapat aiskrim.

            ’okeylah, Su dah nak gelap dah ni. Balik k..’ujar Zafar setelah ketawanya reda. Aku juga ketawa bersamanya tadi. Tak tahan apabila diriku diusik oleh Zafar. Macam-macam lawak Zafar buat sampai naik kering tekak dibuatnya. Ah! Rasanya sekejap saja pertemuan antara mereka.

            Aku melihat Zafar pergi dan aku dengan berat hati berjalan pulang ke rumah sewaku. Fikiranku terganggu dengan penjelasan Zafar. Tentang peristiwa yang berlaku sembilan tahun dulu. Surat berbentuk hati ku genggam erat. Tak sempat aku ketahui siapa pengirimnya. Ah! Mungkin si pengirim tak dapat bertemu denganku memadangkan sepetang ini aku bersama Zafar.

**************************************************************

            Keesokkannya, pada waktu yang sama, aku menunggu kedatangan Zafar. Namun sudah setengah jam aku tercongok, terduduk, terlentang. Dah macam-macam gaya dah aku buat. Tercegat beberapa kali dah menunggu tapi batang hidung pun tak nampak. Bayang jauh sekali. Aku berkira- kira nak pulang aje tapi tak sempat plak bila tertengok Zafar datang sambil tangan kanannya memegang sesuatu dalam baju sejuk bulunya. Tak pasti apa yang cuba disembunyikannya.

            ’kata pukul lima tapi tengok sekarang. Dah pukul berapa ni? Mujur saya tak balik tadi’. Marahku pada Zafar. Zafar tak ambik pusing bebelanku. Biasalah tu perempuan katanya..

            ’bukannya sengaja, jalan jammed. Dahlah lama saya tunggu kat kaunter untuk beli sesuatu kat awak. Tu yang lambat sikit’. Zafar menjelaskan keadaan sebenar. Logik gak. Aku berfikir. Nampak jugak dia terguncap-guncap masa datang tadi. Aku berkira- kira sendirian.

            Zafar menghulurkan ’sesuatu’ yang di katanya tadi. Bunga!. Tiga kuntum bunga mawar merah segar besertakan kad berbentuk hati bersampul biru. Terkejut beruk aku dibuatnya. Aku teragak- agak untuk mengambilnya. Pantas aku mengamati surat yang terselit dalam bunga.

            ’jadi awaklah ora.....

            ’baca dulu’. Pantas pertanyaanku cepat-cepat dipotong. Aku terkeliru. Lalu ku baca...

                        Assalamualaikum..
                        Buat Suraya,
                        Su, sudah lama saya memerhatikan awak di sini
                        Sejak first time awak kat sini lagi
                        Sebenarnya sempena tiga kuntum bunga ini
                        Ingin saya katakan bahawa saya...........

                                                                                                            s’qizah

Aku pantas berpaling kepada Zafar.’ Saya sayangkan  awak’. Ujar Zafar merenung mataku. Terasa alam senyap seketika. Hatiku tak tentu arah. Terasa bergetar surat di tanganku. Aku keliru...keliru..

            Tanpa menghiraukan luahan Zafar, aku bertanya padanya. ’jadi awaklah yang pengirim misteri yang hantar surat kepada saya sembilan tahun yang lalu, kan?’. Zafar tersenyum. Aku terkedu. Tak sangka!

            ’’awak jahat!’. Aku memukulnya malu- malu. Zafar tergelak kecil. ’tapi siapa pulak nama s’qizah dalam surat ni. Nama glamour ke?’.

            ’cuba awak perhatikan nama kedua saya kan Haziq. Saya terbalikkannya dan letak huruf ’s’ sebagai lambang nama awak, ’s’ untuk Suraya. Sebab tulah namanya s’qizah’.

            Aku memandangnya dengan pandangan pelik. Tak tercapai dek akalku. Macam lagu Elyanalah katakan. Tak tercapai akalmu...

            ’awak ni pelik betullah! Macam-macam perangai’. Aku buat-buat ketawa bagi menutup kegugupanku. Terasa keterasingan antara kami di saat ini.  Serba tak kena plak dah.

            ’awak nak tahu tak siapa Rafar?.’ Soal Zafar. Ada nada usikan di situ. Aku berpaling memandangnya. Laju jea kepalaku mengangguk. Tiba- tiba udara dalam otakku tiba-tiba masuk dalam urat kepala. Terfikir. Takkan Zafar juga orang sama. Aku merenungnya tanda mengesyaki. Double jerk!

            Zafar ketawa. Aku pantas dapat menangkap jawapan yang dimaksudkan Zafar.

’jadi awaklah yang....’ Belum sempat ku habiskan ayat, Zafar mengangguk. Aku kelu. Memang sah dialah yang selalu menelefon rumahku. Pantas aku menjerit. Zafar kelam kabut.
’awak ni suka sangat menjerit, malu kat orang. Tengok tu ada orang tengok kita.’ Usik Zafar. Aku termalu sendiri lalu mencubit lengannya yang berparut tanpa sedar. Aku mencium bunga mawar pemberian Zafar. Wangi!

Tapi pelik jugak, ada ke bunga mawar di UK nie? Aku tersenyum sendirian.

’jadi awak terima tak?.’ Pertanyaan Zafar mengembalikan aku ke dunia realiti. Mengejutkan aku je dia ni. Aku mengomel.

Dengan muka agak bengong dan keliru aku bertanyanya semula.’terima apa dia?.’ Bunga dipangkuanku dicium berkali-kali. Tak ku lihat matanya.

’Allah..awak nie takkan tak faham-faham kot ?.’ Zafar kulihat sudah merah mukanya menahan malu. Dalam hati aku rasa nak tergelak. Macam udang kena salai gamaknya lelaki dihadapanku ini.

’terima apanya? Saya tak faham apa yang awak cakapkan ni?.’ Ujarku bersungguh-sungguh. Cuba ditahan gelak yang mula nak meletus keluar..tahan Su.. tahan...hehehe...

’baiklah saya mengaku.’ Zafar menarik nafas panjang. Aku mula rasa mengelabah. Terasa tubuhku kedinginan walaupun sweater masih melekat ditubuhku. Zafar mendiamkan diri sementara matanya redup memandangku. Terasa denyutan jantungku tiada mengikut irama lagi. Mula berdetap-detum menyelinap setiap kali anak mata Zafar tenang menyusup ke hatiku. Seakan ketenangan matanya mula memenuhi ruang dalam hatiku. Sedaya upaya membuka hatiku untuknya.

’saya sayangkan awak, Suraya….would you accept me in your life here and hereafter. Would you?.’ Aku terasa air mataku mengalir. Tak berdaya untukku membalas kata-katanya. Pantas aku mengangguk. Tanda hatiku mula menjadi miliknya. Zafar terlonjak kegembiraan. Zafar berjanji akan menghantar rombongan selepas aku menamatkan pengajianku di sini. Setahun je lagi aku akan konvo.

Kata Zafar ’mujur setahun lagi, kalau tak sampai ke tualah saya tunggu awak habis study.’ Zafar membuatkan aku tersenyum sentiasa. Tiada lagi air mata kerana terlalu membencinya. Tiada lagi perkataan anak jin yang meniti bibirku. Kini Zafar yang baru muncul dan melamarku untuk menjadi permaisuri di hatinya. Tak ku ragukan lagi kehadirannya dalam hatiku. Dialah mr. Right yang ku cari selama ini. Ku harap dialah jodohku dan bukanlah seperti yang ku fikirkan dulu.


**************************************************************

aku masih berteleku di meja  dapur. Mimpi yang kualami terasa pelik benar semalam. Mengapa Zafar muncul di dalam mimpinya untuk menjelaskan segalanya setelah dia di miliki. Hatinya tertanya-tanya. tapi dia bersyukur kerana sekurang-kurangya ianya hanyalah petunjuk dari Ilahi untuk menjelaskan siapa diri suaminya yang sebenar sebelum matanya pertama kali bertentang setelah diijabkabulkan tiga hari yang lepas. Terasa dirinya tidak sabar menunggu flight pulang ke tanah air. Tertiba segaris senyuman terlukis di bibirnya apabila teringat kata-kata abah dulu.
'ada orang datang meminang kamu Su. Abah dan mak dah setuju lagi 3 bulan kamu nikah. Abah harap kamu terima lah ya,' Bagaikan angin yang berbisik, aku menerima lamaran itu dengan redha dan berlapang dada. Semuanya kuserahkan pada perkiraan abah. Tanpa syarat, tanpa kuketahui namanya, tanpa melihat diri bakal suamiku dan hanya ku tahu dirinya adalah anak sahabat lama abahku!
Kesibukkanku menghadapi exam menyukarkan lagi untukku untuk mengenali siapa bakal suamiku bahkan namanya sekalipun. Yang kuketahui tentang dirinya adalah apabila abah memanggil  'haziq' sewaktu menelefonku. Pada Allah kuberserah..
Dan pagi ini..di pagi yang cerah, setelah bergelar seorang isteri tiga hari lalu,segalanya terlerai apabila mimpi semalam menjadi saksi siapa diri suamiku dan aku tidaklah perlu meminta penjelasannya lagi..segalanya telah terungkai..
 Dua hari lagi, pasti 'anak jink'u akan tersenyum menyambut kepulangan isterinya di airport..





*****************************************************************


’Su, terima kasih kerana sudi menerima abang semula. Abang hargainya dan kalau diizinkan Allah, abang akan bahagiakan Su sampai akhir hayat abang...insyaallah,’ Ujar Zafar. Aku tersenyum. Zafar seorang suami yang baik dan bertanggungjawab terhadapku dan keluarga kami. Tak sama dengan anak jin dulu. Kini semua memori di alam persekolahanku akan kusimpan seerat mungkin dalam lipatan sejarah hidupku. Nasihatku pada sesiapa janganlah terlalu membenci seseorang kerna kita mungkin akan menyayanginya kelak. Seperti ceritaku ini. cerita cinta. Segalanya adalah kehendak Tuhan aku bersama ’anak jin’ kesayanganku kini.






  
sekian dulu dariku  : Hana Azmira













No comments:

Post a Comment